Thursday, December 20, 2012

Usahawan TEKUN

Usahawan TEKUN

Usahawan Cendawan

Pinjaman TEKUN Bantu S.Sumeti Raih Pendapatan RM9,000 Sebulan Jual Cendawan
http://mstar.com.my/archives/2010/4/12/mstar_manusia_peristiwa/Sumeti1.jpg

Pengusaha Cendawan, S.Murali bersama kakaknya S.Sumeti bangga dengan piala dan sijil yang diterima sempena Anugerah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) pada majlis perjumpaan usahawan TEKUN Hulu Selangor dan pelancaran Kelab komuniti TEKUN kawasan itu di Auditorium Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, hari ini. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. - Foto BERNAMA
HULU SELANGOR: Siapa sangka dengan hanya menjual cendawan yang diusahakan dari lot-lot rumah kedai mampu memberi pendapatan lumayan mencecah RM9,000 sebulan, namun itu yang dikecapi S.Sumeti dan keluarga dari Bukit Beruntung di sini.
Sumeti, 28, berkata apa yang dicapai keluarganya tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa bantuan modal daripada dana khas Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), yang pada asalnya bertujuan membantu usahawan kecil bumiputera.
"Saya masih ingat masa dulu ketika kami hampir putus asa kerana cendawan tak jadi, mati sebab penyakit, mujur ada pinjaman dari TEKUN yang kami buat modal pusingan sehinggalah berjaya hari ini," katanya kepada BERNAMA pada majlis perjumpaan usahawan TEKUN Hulu Selangor dan pelancaran kelab komuniti TEKUN kawasan itu di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Baru, di sini petang ini.
Adik Sumeti, S.Murali, 22, adalah antara 12 penerima anugerah usahawan cemerlang TEKUN dan pelantikan sebagai anggota jawatankuasa penaja bagi kelab komuniti TEKUN parlimen Hulu Selangor yang disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini.
Murali merupakan antara peminjam dana khas bagi kaum India TEKUN dengan nilai keseluruhan dana pada 2009 ialah RM12 juta dan ditambah kepada RM20 juta pada tahun ini.
Murali tidak dapat menghadirkan diri pada majlis hari ini dan sijil penghargaan beliau diterima bapanya, S.Sathiarao, 51, yang ditemani Sumeti, yang juga pengurus bagi peniagaan tanaman cendawan yang mula beroperasi awal tahun lepas.
Sumeti berkata pinjaman RM10,000 daripada dana TEKUN yang diluluskan hanya dalam masa sebulan dari tarikh permohonan pada Jan tahun lalu telah digunakan dengan sebaiknya untuk mengembangkan perniagaan cendawan keluarganya.
Kini perniagaan cendawan keluarga Sumeti beroperasi dari empat lot kedai, yang pada asalnya satu lot kedai, di Kamunting, Perak, dan mengeluarkan di antara 70 hingga 80kg cendawan sehari yang dijual pada harga borong RM6 sekilogram.
"Sekarang pendapatan bulanan kami antara RM7,000 hingga RM9,000 tetapi kami ada sasaran untuk keluarkan sehingga 100kg cendawan sehari di masa akan datang," kata Sumeti.
Beliau berkata perniagaan itu juga tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada ahli keluarga yang lain termasuk ibunya, P.Bathumany, 47, adiknya, S.Keswarau, 17, yang kini terlibat secara sepenuh masa dengan perniagaan cendawan keluarga itu.
Bagi ketua keluarga itu, Sathiarao, beliau amat gembira dengan apa yang dicapai dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat kepada kaum India, sekalipun dana itu pada asalnya untuk usahawan bumiputera.
Tidak seperti pinjaman di intitusi kewangan yang mengenakan syarat ketat selain mengenakan cagaran, pinjaman TEKUN yang kini memberi manfaat kepada 163,000 peminjam di seluruh negara tidak mengenakan syarat-syarat yang ketat.

Usahawan Puyuh

 HAIRULIZAM menunjukkan sebahagian  ternakan  puyuhnya.
HAIRULIZAM menunjukkan sebahagian ternakan puyuhnya.

Hairulizam Saat Penternak puyuh (PKS) berjaya
PONTIAN: Bermodalkan RM3,000 10 tahun lalu, Hairulizam Saat, 41, kini menjadi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) puyuh contoh apabila dinobatkan usahawan berjaya, termasuk terbaru menerima Anugerah Usahawan Cemerlang 2010 Parlimen Pontian. Dia yang berasal dari Kampung Saniman Ayer Baloi, di sini, memulakan perniagaan menternak 3,000 unggas berkenaan yang dibeli pada harga 50 sen seekor. “Di awal pembabitan, saya membeli daging burung puyuh daripada pembekal tempatan sebelum menjualnya kepada peniaga pasar malam.

“Selepas setahun, saya dapati perniagaan ini mempunyai potensi besar untuk maju dan kerana itu, saya sanggup mengambil risiko menggunakan simpanan sebagai modal untuk membeli anak burung puyuh,” katanya.

Hairulizam berkata, dengan bantuan isterinya, Siti Fairus Paiman, 34, serta dua pekerja, dia menternak 5,000 ekor burung puyuh dalam sebuah reban dan kini unggas berkenaan berjumlah 200,000 ditempatkan di 29 reban manakala pekerjanya bertambah kepada 20.

Bapa kepada lima anak itu berkata, selain di Johor, perniagaannya kini berjaya memasuki pasaran Melaka dan Kuala Lumpur dengan pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan.
“Untuk memenuhi permintaan pelanggan dan penghantaran mengikut masa ditentukan, enam pekerja akan menangkap burung puyuh yang cukup usia 30 hari pada waktu malam sebelum disembelih dan diproses.

“Pengeluaran boleh mencecah kira-kira 150,000 ekor sebulan, manakala nilai burung puyuh sejuk beku jika mengikut gred seperti A dan B boleh mencecah RM2.20 seekor,” katanya yang mengusahakan ternakan itu di tanah miliknya seluas enam hektar.

Lebih membanggakan, hasil usahanya itu membolehkan dia menerima anugerah Usahawan Penternak Bukan Ruminan Jaya 2002 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Johor.

Selain itu, beliau juga menerima anugerah Usahawan Cemerlang TEKUN Negeri Johor 2005, dan mendapat tempat pertama Anugerah Usahawan Cemerlang 2010 Parlimen Pontian.

Dia berkata, sebahagian besar kejayaannya adalah berkat dorongan keluarga khasnya Siti Fairus.

“Kami sering berbincang untuk mendapatkan hasil terbaik dan pada masa sama, kami turut menganggap pekerja seperti keluarga sendiri.

“Hasilnya, kami sentiasa mesra malah sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perniagaan ini semakin maju dan berkembang,” katanya.

Sementara itu, pekerja Hairulizam, Turmiah Samian, 48, yang sudah bekerja dengannya sejak 10 tahun lalu berkata, perniagaan majikannya itu membolehkan penduduk kampung mendapat peluang pekerjaan.

“Ia memberi pendapatan kepada sebahagian daripada penduduk dan kami bersyukur kerana perniagaan ini semakin maju.

“Kami gembira bekerja dengan Hairulizam kerana sifatnya yang peramah dan tidak pernah meninggikan suara,” kata ibu lima anak itu lagi.

Usahawan Cili Giling & Tempe

http://www.zubirfood.com/wp-content/uploads/2011/05/mgt2.jpg
Seated from left Mr Mohd Nazrin Abdullah (Group General Manager) , 
Mr Zubir Mohd Said (Managing Director) and Ms Noraini Mohd Noor (Group Finance Manager)

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Zubir Mohd. Said dari Air Hitam, Johor diumumkan sebagai Usahawan Cemerlang Tekun Peringkat Nasional 2008.
Zubir, 43, memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan membuat cili giling, tempe dan tauhu kering pada 1995 dengan bermodalkan wang bonus yang diterimanya semasa bekerja dengan sebuah kilang di Johor kira-kira 12 tahun lalu.
Kini beliau boleh berbangga kerana telah berjaya membuka kilang sendiri - Zubir Food Sdn. Bhd. (Zubir Food) dengan mencatat perolehan jualan sehingga RM1.4 juta tahun lalu.
Zubir Food kini mempunyai misi untuk mencatat perolehan lebih tinggi pada tahun ini dengan sasaran sehingga RM5 juta, katanya.
Zubir menerima anugerah itu daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis pelancaran hala tuju dan penjenamaan semula Yayasan Tekun Nasional, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.
''Kami telah membuat perancangan untuk mengembangkan dan mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan syarikat.
''Saya yakin sasaran syarikat untuk mencatat keuntungan yang lebih tinggi pada tahun ini akan dapat dicapai, memandangkan syarikat merancang menambah bilangan produk, selain membekalkan bahan kering seperti bawang serta cili kering kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan Malaysia (NEKMAT) dan juga pelbagai agensi lain,'' katanya.
Menurut Zubir, beliau mula menceburi bidang perniagaan itu dengan modal sebanyak RM12,000 dan kemudian menambah modal tersebut dengan memohon pembiayaan daripada Tekun pada tahun 1999.
Zubir berkata, buat permulaan produk cili giling dan tempe yang dikeluarkannya hanya dipasarkan di negeri Johor, dan bermula tahun 1996, beliau mula memasarkan produk-produknya ke Singapura.
Kini, 90 peratus cili giling keluarannya di bawah jenama Noradin dan Sabas dieksport ke Singapura, manakala bakinya dipasarkan dalam negeri termasuk ke Lembah Klang dengan jenama yang berbeza.
''Purata kapasiti pengeluaran cili sehari kilang kami di Tanjung Puteri, Johor adalah antara 2.5 tan, manakala pengeluaran tempe pula sebanyak 10,000 keping sehari,'' jelasnya.
Zubir berkata, beliau mengimport bahan mentah berupa cili merah dari India dan China.

Usahawan Rempeyek Mini
Tuan Haji Azhar Haji Yunus dan isterinya Hajah Maimon Haji SallehPerniagaan Rempeyek Mini

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYVwSnTgr9-oQMkDEco6pr50O_kC2edn5d9cdfMQhh7sgUPTtEV_OfuBSR3hZIFBBmVz6yptW616SEAcgMYILG1qNdLiKe-XiP1o8X-h64FWY6jD2853h9svX_H6nCwc5zK_wFcTJfAdE/s1600/kerepek.jpg

Usahawan kecil yang berjaya. Ia mungkin jolokan yang paling sesuai diberikan kepada Tuan Haji Azhar Haji Yunus dan isterinya Hajah Maimon Haji Salleh yang berkecimpung dalam projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS) iaitu pembuatan rempeyek mini. Usaha Tuan Haji Azhar menyahut seruan kerajaan tidak sia-sia kerana hasil titik peluhnya membuahkan hasil. Perusahaannya yang diberi nama M. Z Rezeki Enterprise sememangnya mendatangkan rezeki yang melimpah ruah kepada beliau sekeluarga.
Rempeyek mini dari Kampung Batu 38 ini punya rasa yang tersendiri. Diberi nama Moonsnek, rempeyek mini keluaran syarikat M. Z Rezeki Enterprise ini memang enak dimakan pada bila-bila masa sahaja. Selain rasa, pembungkusannya yang menarik juga menjadikan rempeyek mini ini kelihatan “mahal” dan sesuai untuk dijadikan cenderahati.
M. Z Rezeki Enterprise memulakan operasi perniagaannya pada Jun 2001. Bermula secara kecil-kecilan namun kini pasangan suami isteri ini mampu tersenyum bangga apabila produknya, Moonsnek berjaya dipasarkan ke seluruh Malaysia. Beliau bersama isteri mendapat bimbingan dari Unit Perancang dan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Jabatan Pertanian Sabak Bernam, Lembaga Pertubuhan Peladang Sabak Bernam dan Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya.
Menurut Tuan Haji Azhar, selain daripada menyahut seruan kerajaan yang sering diuar-uarkan ‘Satu Kampung Satu Produk’, hasrat lainnya adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada wanita Kampung Batu 38. Sehingga hari ini beliau mempunyai 15 orang pekerja dan 10 daripadanya adalah penduduk dari Kampung Batu 38.
Sementara itu, pemilik syarikat MZ Rezeki Enter­prise,  Azhar Yunus, 62, berkata, usia bukan penghalang untuknya meminjam pinjaman TEKUN  Nasional dengan pinjaman ulangan sebanyak tiga kali iaitu RM3,000 dan RM10,000 manakala kali terakhir pada dua tahun lepas sebanyak RM20,000.
Dari perniagaan rempeyek jenama MooNsnek yang dibuat secara kecil­kecilan pada tahun 1998,beliau kini memiliki bangunan sendiri berukuran 40 kaki x 90 kaki bernilai RM250,000 terletak bersebelahan rumah­nya di Sabak Bernam, Selangor. Ditanya kelebihan pembiayaan TEKUN Nasional, lulus an Diploma  Pe r  tani an dan b eka s  pembantu pengurus kemasyarakatan FELDA itu berkata: “TEKUN Nasional adalah platform terbaik bagi usa­hawan bumiputera mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan kecil­kecilan. Selain terdapat kemudahan pinjaman dari serendah RM500 sehingga RM50,000, skim pembayaran baliknya juga mudah dan tidak membebankan. Di TEKUN Nasional, mereka bukan sekadar memberi pinjaman, malah turut memberi nasihat mengenai perniagaan”.

Usahawan Baju & Cenderamata Sulaman
KF Creative Resources Sdn. Bhd.
Pt 12656 Jalan Bunga Matahari 45300 Sungai Besar Selangor.
fax : 0 3 - 3 2 2 4  3 1 9 3

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBUxDcozpVekR0lFFk6_hqcVPF4r2akIqjxSFVmlScS-NG4WRH8pugfuPgDRx1aBp-NMeK1VhRIv6m9_b1iHeyvzm4Wlfpabnds6PO8J7elzfoMYEyCBdlZZS0bXkIoqXMIo350CIOa3A/s1600/mesin.jpg

Bagi pemilik KF Creative Sdn. Bhd., Khairul Fahmi Mohd. Khairuddin, 30, beliau terlibat dengan pinjaman TEKUN Nasional pada akhir tahun lepas setelah tertarik dengan kemudahan pembiayaan disediakan. “Kali pertama memohon dengan TEKUN, prosesnya agak mudah. Mungkin saya sudah ada profile syarikat, justeru permohonan saya tidak mengambil masa lama untuk diluluskan,” katanya yang membuat pembiayaan pinjaman sebanyak RM50000 daripada TEKUN Nasional pada akhir tahun lepas.Dengan pinjaman tersebut, katanya, beliau membeli mesin sulaman berkomputer beresolusi tinggi selain memindahkan pejabat urusan ke bangunan kedai lebih besar di Sungai Besar, Selangor bagi melicinkan operasi syarikat yang semakin berkembang

Kami merupakan syarikat Bumiputra yang  menjual baju & cenderamta khusus dalam Sulaman berkomputer

Khairul Fahmi
Pengarah
019 - 333 6090
KF Creative Resources Sdn. Bhd.

Usahawan Cili Boh Asli
TEKUN,Cili Boh Asli Alinah Karim

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLUxICSOSpeWPGQpdXZMHdu_vR2wkwRsBlAjNtxxP9GmprgJ1xLf6mawIVCRmbdFICUp5qL92nLtw3Yi2wn1zjTZSL_haQ65UUGSm4w2_9cOyBQN-M6DW5wm6iS_wrkYBPk5nhDvYCYyk/s1600/cili.jpg

Seorang lagi penerima anugerah cemerlang, Alinah Mohd Karim, 44, berkata berkat bantuan pinjaman modal yang diluluskan TEKUN Nasional sebanyak RM3,000 kepadanya ada 2007, membolehkan beliau menjana pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan.

“Saya kini mempunyai perusahaan yang dikenali sebagai Cili Boh Asli Alinah Karim yang diusahakan di rumah termasuk mempunyai Pasar Segar Alinah Karim di Krubong yang menjual pelbagai barangan keperluan harian.

“Selepas menerima pinjaman pertama, saya membuat pinjaman kali kedua pada 2009 sebanyak RM30,000 dan alhamdulillah kini saya mampu memperoleh jualan sebanyak RM120,000 sebulan,” katanya.

Alinah berterima kasih kepada TEKUN Nasional kawasan DUN Bukit Katil yang banyak membantu dan berhasrat untuk memperkembangkan perniagaannya di kawasan DUN Merlimau selepas ini.
Alinah Karim Enterprise
(MA0104906-D)
Jln Tangga Batu Batu 9 1/2,
76400 Tangga Batu,
Melaka
Tel: 06-351 1164

Usahawan Cermin Mata & Kanta Sentuh
Berbekal ilmu Optometri Sazali Berjaya Membuka Perniagaan Berasaskan Cermin Mata dan Kanta Sentuh di Kampung Halaman­nya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEhWRu0P1hp3WG-jen3yGZ8-FvPCiGNQYwVhWM1m3ySbrJB1pjwRCyIb5kuP7PH8hALcoO38v_ETtdC4_b31UJAxVISTbzpZcwZay-Xewt9Pdx57Cxp1Zkwfm1i-xAPUB_W7Ick360_7M/s320/spec.jpg

Nasnan Jajuli, 44, mengakui pernah menghadiri temuduga kerja lebih 20 kali selepas tamat pengajian yang kebetulan ketika itu ekonomi sedang gawat, tetapi tidak ada satu pun yang berjaya. Memandangkan situasi ketika itu tidak menyebela­hinya, Nasnan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan.
“Pada peringkat awal saya mula mengumpul modal dengan mengadakan kursus cendawan dan mengajar sementara sebelum membu­ka perniagaan batik lukis tangan. Apabila perniagaan saya mula me­ningkat naik, saya terlibat pula dalam share market yang pada peringkat awalnya boleh mendatangkan untung. Namun setelah terlibat dalam saham komoditi luar negara, saya mengalami kerugian secara mendadak lebih RM1 juta,” katanya.
Memikirkan tanggungjawabnya untuk menyara keluarga, Nasnan tidak merintih dengan nasib yang dialaminya sebaliknya terus mencari peluang kerja yang lain. Beliau kemudiannya mencuba kerja pembersihan kawasan secara sub kontrak tetapi sekali lagi ujian menimpa apabila sehingga bulan keempat, beliau masih belum menerima bayaran.
“Saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di Sabak Bernam, Selangor. Waktu siang saya jadi nelayan manakala malam pula saya buat sampan fiber glass. Saya juga membantu mendidik belia di sana untuk menjadi nelayan,” katanya.
Cerita Nasnan lagi selepas tiga tahun, beliau menjual semua sampannya dan mencuba pula penanaman limau purut dan jagung. Bagaimanapun, sekali lagi beliau tidak bernasib baik apabila tanaman jagung di kawasan seluas lima ekar dimusnahkan babi hutan.
“Dari situ saya fikir, takkan saya hendak jadi nelayan semula. Jadi saya cuba minta kerja di luar negara dan kebetulan pada masa itu, Bernas memerlukan individu yang ber­kebolehan dengan ternakan ayam telur. Alhamdulilah saya terpilih dan selepas raya tahun 2000 saya mula bertugas di Guinea, Afrika Ba­rat,” katanya.Menurut Nasnan, hampir setahun di Guinea, rakan senegara berbangsa Cina diserang malaria yang agak teruk sehingga membawa maut. Lebih malang beliau juga disahkan mendapat malaria dan dirawat di hospital yang sama.
Selepas dua hari di hospital, Nasnan meminta izin doktor untuk membenarkannya pulang untuk menjalani rawatan sendiri. Rakan-rakan di tempat kerja berbangsa Afrika menggunakan kaedah rawatan tradisional tempatan untuk mengubati sakitnya itu. “Selepas menggunakan daun kangkalibang sebagai teh, saya dapati terdapat perubahan ketara pada diri. Selepas lima hari saya pulih sepenuhnya daripada malaria. Bermula dari situ saya belajar mengenali dan membuat teh daripada daun kangkalibang,” katanya.
Memikirkan potensi her­ba itu yang boleh dimajukan, Nasnan mengambil kepu­tusan untuk berhenti kerja dan pulang ke Malaysia. Be­liau turut membawa pulang sedikit sampel daun kangkali­bang itu untuk diuji. “Pokok ini dikenali se­bagai ficus delpoideae dalam keluarga moraecaea yang juga satu keluarga dengan buah tin, cuma berbeza spesis. Beliau juga dapati di Malaysia, spesis mas secotek berada dalam keluarga spesis yang sama dengan kangkalibang. Ia juga baik untuk kesihatan. Pada peringkat awal, Nasnan mengumpul koleksi benih mas secotek itu dan membesarkan-nya menjadi pokok induk sebelum mencari teknik dan media yang se-suai untuk menanamnya. Sehingga pada satu tahap beliau mempunyai kira-kira 50,000 pokok mas cotek yang ditanam di belakang kediaman­nya.
Kini, hasil keyakinan beliau terhadap mas cotek, syarikatnya Delto Medicama Plantation sudah mengeluarkan produk berasaskan herba itu dalam bentuk minyak, teh, kapsul, kopi dan minuman kesihatan, Isomedic. Kesemua produk yang dihasil-kan disertai dengan penyelidikan dan analisis daripada institusi penyelidikan yang diiktiraf seperti Mardi, FRIM dan beberapa univer­siti tempatan. Selain itu, produk syarikatnya juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Ma­laysia dan pensijilan halal daripada Jakim.
Bagi membesarkan lagi perniagaannya dan menumpukan kepada pembangunan produk baru berteknologi tinggi, beliau mendapatkan pinjaman daripada TEKUN sebany ak RM50,000 pada tahun lalu. Beliau menyifat­kan inisiatif kerajaan membantu usahawan melalui pembiayaan da­ripada TEKUN sebagai langkah yang amat baik.
Nasnan sempat menasihatkan usahawan agar tidak meninggi diri dan bijak mengatur strategi.
“Dalam peniagaan, kita perlu ada ilmu. Misalnya dalam pertanian, kita perlu ada ilmu yang menyeluruh, tahu apa yang hendak dibuat dan kemudian hasilkan produk yang berkualiti dan keluarkan produk yang banyak. Kemudian berikan pengawalan harga yang rendah. Dengan adanya prinsip-prinsip ini, kita tidak akan takut dengan persaingan,” ka­tanya yang juga penulis buku Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian.

Usahawan Mas Cotek
Diserang Malaria Cetus Idea Produk Baru Nasnan Hasil Pelbagai

Produk Dari Mas Secotek

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLWoOBcdGSRYikgsCSiIw9EccpUpNVCKMHUQ4zUSxJbL5m4rL7hrSWZ6ppfnauNWbLp-zrWEhATQLnLdpJjs8MK0szyK-qdr0YvFcki2MvzHtd56iNmTyeUj2Jg8lDELRV7_l2CDZS6ug/s320/cotek.jpg

Usahawan Kecantikan
Hadijah Buka Dua Cawangan Dan Miliki Produk Jenama Sendiri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVNXlHQN2KhdTP7EK8uTS_MmiaopT02pRQLkElt76pDXZsYPrcKaJT-72bxPeYlq9eXbf3acGXr3L2sgXT-FK_LncMg1DHZx7y4NVbTPQS-ftqiSwwbjGbC05PVxr_Cn_QUgZwY5JCSXg/s320/produk.jpg
Minat Hadijah Moha­mad Bujang pada bi­dang kecantikan bukan setakat minat. Bermula dengan rawatan muka, andaman dan menjual produk Citra Ayu, kini beliau sudah melebarkan sayap perniagaan syarikat Pusat Andaman dan Kecan­tikan Zurainas Sdn Bhd ke beberapa produk lain yang berkaitan.

“Saya bermula dengan hanya modal RM20 000 bersama dua orang pekerja. Melalui seorang kawan, be­liau mencadangkan saya ke pejabat TEKUN Nasional kawasan Kuching, Sarawak. Alhamdullilah pinjaman pertama sebanyak RM5000 berjaya membantu saya membeli tambahan produk,” katanya.
Kini, Hadijah mempunyai 11 pekerja dan menjual pelbagai produk kecantikan luaran dan dalaman termasuklah koleksi pakaian pengantin. Beliau mengakui pinjaman TEKUN telah banyak membantu memudahkan usahanya melebarkan perniagaan. Menurut ibu kepada lima anak ini, sehingga kini beliau telah lima kali membuat pinjaman TEKUN dengan jumlah pinjaman bernilai RM75 000.
“Saya membuat pinjaman TE­KUN kerana yakin perniagaan saya boleh bertambah maju. Dari satu lot kedai, hari ini saya sudah meny­ewa tiga lot kedai untuk kegunaan salun dan akademi. Saya juga sudah mempunyai produk jenama sendiri D’Zurainas Beauty Cosmetics dan sudah membuka dua cawangan di Kuching dan Sri Aman,” katanya tersenyum.
Bagi Hadijah, usahawan yang berwawasan akan berusaha memba­yar balik pinjaman seberapa segera untuk mendapat keyakinan pemberi pinjam. Bermula dengan pinjaman TEKUN RM5000, Hadijah memasti­kan pinjaman itu dilangsaikan terlebih dahulu sebelum membuat pinjaman seterusnya iaitu RM10 000. Begitulah formula yang digunakan oleh Hadijah sehinggalah berjaya meminjam buat kali kelima yang bernilai RM30 000.
“Saya suka bidang kecantikan ini dan mahu ia menjadi kerjaya saya sekeluarga. Terima kasih kepada pihak TEKUN Nasional kerana mem­beri peluang kepada saya untuk terus menjana pendapatan. Harapan saya agar Pusat Andaman dan Kecantikan Zurainas Sdn Bhd akan terus membe­sar dengan pusat spa tradisional, sa­lun kecantikan dan mempelbagaikan lagi rangkaian produk D’Zurainas,” katanya bersungguh-sungguh.

Usahawan Kraftangan Kayu
Perusahaan Kraf Tangan Kayu oleh Zarina Awang Samah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXPNh_z0pIfK2JQpdi3pmZwYYGiUOp2mkkkrBpJu8Elqh0eLNGr_vvkq1gxK4qd0VUrIQu8LiOGsVKsmrz9bADdacbEFMPSaYRgQDT6Xi3hdh8ANlH2DocyD5mmJUhy3i-CQe48WuMbS4/s320/kraf.jpg
Terdapat sebuah perusahaan ukiran berasaskan kayu yang terkenal di Kampung Bangau Tanjung. Inakraf Woodcraft Industry terletak di Lot 511, Bangau Tanjung boleh ditemui kira-kira 10 hingga ke 15 minit perjalanan dari Bandar Temerloh. Inakraf Woodcraft Industry adalah hasil usaha sama dan titik peluh pasangan suami isteri, Muhaimin Hasbollah dan Zarina Awang Samah yang telah diusahakan sejak 1992. Pasangan yang dikurniakan dengan bakat semula jadi telah meneruskan seni ukiran yang semakin pupus di samping mendapat latihan menerusi Perbadanan Kraf Tangan Malaysia. Pembiayaan daripada TEKUN telah dapat memajukan perniagaan ini dan membantu syarikat berkembang dengan berkesan.

Antara jenis kayu yang digunakan ialah Cengal, Meranti, Jelutong dan juga Nyatuh. Pemilihan kayu bergantung kepada tempahan dan permintaan pelanggan. Antara ukiran yang pernah dihasilkan oleh Inakraf Woodcraft Industry ialah ukiran hiasan Dewan Parlimen dan Istana Alam Shah. Inakraf Woodcraft Industry turut mendapat tempahan dari luar negara seperti ukiran hiasan untuk sebuah restoran Melayu di Tokyo dan Jepun. Beliau kini dibantu oleh enam orang pekerja yang turut mahir dalam bidang ukiran. Kadangkala pelajar praktikal dari Perbadanan Kraf Tangan Malaysia turut menjalani latihan di sini.

Hasil sesuatu tempahan, boleh menjangkau sehingga RM200,000 bergantung pada kriteria tertentu. Setakat ini, permintaan daripada pelanggan tidak putus-putus dan beliau bersama pekerja-pekerja tidak pernah menang tangan. Hasil daripada kejayaan ini, beliau telah dianugerahkan sebagai Usahawan TEKUN Cemer­lang 2008. Beliau turut mendapat bantuan peralatan mesin daripada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.