MODEL PERNIAGAAN : DET STATION AMPANG
STRATEGI ASAS
Misi
Det Station menjalankan perniagaan makanan terutamanya penjualan pelbagai jenis burger.
Skop produk/pasaran
Pada awalnya perniagaan ini khusus menjual pelbagai jenis burger untuk golongan yang suka makanan ringan pada waktu malam. Kini skop produk diperluaskan dengan menu tambahan nasi lemak dan makanan ala carte.
Perbezaan asas
Perbezaan utama dengan kedai burger lain adalah Det Station ini mempunyai ruang makan untuk pengunjung dan kepelbagaian makanannya.
SUMBER STRATEGIK
Aset Strategik
Lokasi kedai ini adalah strategik kerana ianya terletak di barisan hujung deretan kedai dan berhampiran jalan utama. Ianya juga terletak berhampiran dengan kawasan perumahan di Taman Seraya, Ampang yang mempunyai ramai golongan muda dan keluarga bekerjaya.
Majikan menggunakan tenaga pekerja berpengalaman yang mana pekerja yang telah bekerja sejak bermulanya perniagaan ini dengan beberapa tenaga muda.
PERKONGSIAN RANGKAIAN
Majikan kedai ini telah menjaga kebajikan pekerjanya dengan baik serta turut melatih pekerjanya untuk membuat menu burger dan memasak masakan ala carte disamping menggunakan ahli keluarga sebagai pekerja tambahan jika perlu.
ANTARAMUKA PELANGGAN
Sasaran pelanggan
Sasaran pelanggan kedai ini adalah golongan golongan bekerjaya yang pulang lewat ke rumah dan golongan muda yang suka makan makanan ringan pada waktu malam. Selain itu kedai ini juga mejadi tempat untuk golongan muda menjalankan perbincangan sehingga lewat malam.
Pencapaian dan sokongan
Kedai ini telah mempunyai satu cawangan baru di Sri Nilam, Ampang. Kedai ini terkenal dengan penjualan burger berbanding kedai lain disekitarnya. Selain daripada sambutan yang baik daripada bangsa Melayu, kedai ini juga turut dikunjungi oleh bangsa lain yang sering makan disitu.
Struktur harga
Kedai ini menawarkan harga yang berpatutan seperti dengan harga makanan dikedai lain.
Saturday, December 29, 2012
Model Perniagaan
3:36 AM
AweenSyazwina