Thursday, December 27, 2012

Tugasan - Profile of Entrepreneur by Popular Product : Dell





Dell adalah antara syarikat teknologi computer yang membangunkan, menjual, membaiki serta menyokong produk dan perkhidmatan berkaitan. Produk yang dikeluarkan oleh Dell merangkumi Desktop PC untuk kegunaan rumah sehinggalah kepada produk untuk perniagaan antaranya seperti computer riba, Server rangkaian serta workstation.

Nama Dell diambil sempena nama pengasasnya iaitu Micheal Dell. Micheal Saul Dell dilahirkan pada 23 February 1965 di Houston, Texas, Amerika Syarikat. Anak kepada Lorraine Charlotte seorang stockbroker dan bapanya Alexander Dell seorang pakar ortodonik ini memndapat pendidikan awal di Herodes Elementary School di Houston, Texas. Dell telah menunjukkan minat terhadap dunia perkembangan komputer dan gajet seawal usia 15 tahun. Beliau telah membeli sebuah Kcomputer Apple II dengan  tujuan melihat bagaiman computer tersebut bekerja. Beliau telah meyambung pengajian di University of Texas dengan harapan untuk menjadi seorang doktor.

Semasa pengajiannya beliau telah membantu dalam pelancaran revolusi komputer peribadi pada tahun 1980an. Penciptaaan Komputer Dell bermula ketika zaman computer peribadi yang masih baru diperkenalkan dan Dell mendapati bahawa masih tiada syarikat yang menjual terus kepada pelanggan tanpa melibatkan orang tengah. Oleh yang demikian, dengan bermodalkan satu ribu dolar dan Dell telah memulakan “PC’s Limited” pada pada tahun 1984. Beliau mula membina dan menjual komputer peribadi di bilik asrama university. Fokus perniagaan beliau pada masa itu bukan hanya pada mesin yang baik malah sokongan kukuh pelanggan serta harga yang murah. Pada tahun 1984, apabila telah mempunyai pendapatan sendiri beliau  mula tercicir dari pengajiannya dan berhenti untuk memberi fokus kepada pembinaan perniagaan.

Tahun 1984 adalah tahun pertama Dell dalam perniagaan, beliau memperoleh $6 juta dalam jualan.  Pada tahun 1988 PC’s Limited telah berubah nama kepada Dell Corporation dan mempunyai tarwaran Initial Public offering (IPO) yang bernilai kira-kira $80 juta. Micheal Dell menjadi CEO termuda daripada 500 syarikat terbesar dunia apabila Dell Corporation tersenarai dalam Fortune 500. Dell mula menjual computer melalui web pada tahun 1996 dan mendapat kira-kira 1 juta jualan setiap hari melalui dell.com. "Dell Computer Corporation" menjadi "Dell Inc" kerana berpindah ke kawasan-kawasan perniagaan lain. Pada tahun 2000 Syarikat Dell telah mempunyai pejabat-pejabat di 34 buah Negara dan bilangan perkerja melebihi 35 000 orang. Pada tahun berikutnya, syarikat telah mencapai pasaran dunia sebanyak 12.8% mengatasi Compac sebagai pembuat PC terbesar dunia Dell Inc kini mempunyai pelbagai produk berkembang yang termasuk sistem hiburan rumah dan peranti peribadi.

Pada Julai 2010 Dell telah menghadapi tuduhan pendedahan dan penipuan perakaunan berhubung dengan bayaran yang tidak didedahkan dari Intel Corporation. Syarikat  bersetuju untuk membayar penalti $ 4 juta untuk menyelesaikannya. Dell Corporation dan dua eksekutif syarikat lain juga dibayar untuk menyelesaikan semua caj.

Secara keseluruhan, 20 tahun pertama, Dell terbukti menjadi salah satu perniagaan yang paling berjaya, mengejutkan gergasi seperti Wal-Mart dan General Electric. Pada tahun 1999, beliau menerbitkan sebuah buku tentang kejayaan beliau, Direct from Dell: Strategies That Revolutionized the Industry.