Friday, December 21, 2012

Tugasan - Business Funding Related Articles




Usahawan kecil Kelantan dapat dana Mara RM3 juta

10 September 2012

GUA MUSANG - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan dana RM3 juta memberi pinjaman kepada usahawan kecil di Kelantan tahun ini, kata Ahli Majlis Mara, Mohamad Saufi Deraman

Beliau berakta wang tersebut adalah sebahaagian daripada RM50 juta dana disediakan kerajaan untuk usahawan kecil seluruh negara yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiga bulan lepas.
Pinjaman tanpa faedah itu bertujuan menambah modal pusingan usahawan kecil bagi mengembangkan perniagaan mereka, kata Mohamad Saufi kepada pemberita selepas Program Persemukaan Mara bersama Usahawan Kecil Dinamik Daerah Gua Musang, di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri menyediakan dana berkenaan untuk memberi peluang kepada usahawan kecil memohon pinjaman berkenaan.
Mohamad Saufi berkata baki RM47 juta daripada dana itu diagihkan kepada usahawan kecil negeri lain dan peruntukan terbanyak untuk Kuala Lumpur berikutan mempunyai ramai usahawan kecil bumiputra.
Beliau mencadangkan kepada kerajaan menambah dana pinjaman usahawan kecil itu tahun depan supaya lebih ramai usahawan kecil di negeri-negeri dapat memohon.
"Tahun ini dana itu disediakan sedikit sahaja dan belum mampu menampung keperluan seluruh negara yang dianggarkan ada lebih 6,000 usahawan," katanya.
Katanya, Mara menguruskan dana sejumlah RM28 juta untuk pinjaman kepada peniaga besar atau industri dengan kadar pinjaman sehingga RM100,000 supaya mereka dapat mengembangkan perniagaan.
"Kita sedang berusaha mengalakkan usahawan di negara ini memajukan perniagaan mereka ke peringkat global," katanya.- Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my

SME Bank, Teraju sedia dana RM500j

Nor Mohamed Yakcop memecahkan ais sambil diperhatikan oleh Gumuri Hussain (tengah) dan Mohd. Radzif Mohd. Yunus di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd. (SME Bank) bersama-sama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) mengadakan kerjasama bagi menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat di bawah Teraju.



Bantuan kewangan itu dikenali sebagai Program Dana Teras dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Program Dana Teras itu disediakan kepada peserta-peserta program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) yang dilaksanakan oleh Teraju.

Sejak dilancarkan pada 2011, kini terdapat sebanyak 210 syarikat yang disenaraikan dalam program itu.

Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, setakat ini 16 syarikat telah berjaya menerima pinjaman melalui Program Dana Teras dengan nilainya sebanyak RM190 juta.

"Buat masa ini, terdapat 120 syarikat sedang dikaji keperluannya terhadap pemberian dana ini.

"Tidak semuanya akan memerlukan dana, tetapi hanya bantuan dari segi nasihat dan latihan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas majlis tandatangan rasmi kerjasama Program Dana Teras dan pelancaran Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Usahawan SME Bank (Cedar) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi SME Bank, Datuk Gumuri Hussain dan Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh.

Sumber : http://www.utusan.com.my


Tekun salur dana RM400j


Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

RASMI...(dari kiri) Pengerusi Tekun, Suraya Yaacob, Dr Mohd Tap, Abdul Rahim, Noh dan Timbalan Pengerusi Tekun, Datuk Jumat Idris merasmikan seminar, semalam
TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) komited untuk menyalurkan RM400 juta kepada lebih 40,000 usahawan menjelang akhir tahun ini berbanding RM300 juta yang dikeluarkan tahun lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, Tekun setakat ini sudah menyalurkan pembiayaan RM311.74 juta kepada 34,510 peminjam pada 2011.

Katanya, tahun ini juga menunjukkan peningkatan jumlah dana Tekun kepada peminjam yang layak berikutan jumlah permohonan yang terus meningkat setiap tahun.
“Setakat suku pertama tahun ini, Tekun sudah meluluskan permohonan pinjaman 12,886 usahawan berjumlah RM159.35 juta,” katanya sempena perasmian Seminar Integriti dan Keutuhan Tadbir Urus Tekun Nasional di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Seminar bertemakan, Berintegriti, Cekap dan Mengutamakan Pelanggan itu dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Noh Omar.


Agrobank sedia RM67.7j industri burung walit


KUALA LUMPUR - Agrobank memperuntukkan RM67.7     
 juta untuk membiayai projek berkaitan industri burung walit 
yang nilai eksportnya kini melebihi RM1 bilion setahun.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said (gambar) berkata, 
dana pinjaman yang dilancarkan sejak 19 Mei lepas itu akan
membolehkan kira-kira 2,000 pelanggan membina rumah 
burung walit kos rendah antara RM10,000 dan RM30,000 
sebuah.

Beliau berkata, faedah pinjaman yang dikenakan ialah 3.75 peratus.

"Peruntukan dana ini akan membantu pengusaha burung walit dan 
orang ramai menceburi industri menguntungkan ini," katanya pada 
sidang media mengenai dana pinjaman itu di Ibu pejabat Agrobank di sini semalam.

Ahmad berkata, peruntukan dana tersebut juga sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada AS$7,000 (RM23,257) kepada AS$15,000 (RM49,837) setahun.

Burung walit ialah antara industri berimpak tinggi yang diberi penekanan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, selain penternakan ikan arowana dan rumpai laut, katanya.

Beliau berkata, tiada peruntukan khas diberikan kepada bidang itu sebelum ini.


Dana siswazah terbuka untuk usahawan muda

Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Tuesday, September 4, 2012

Dana Skim Prosper Siswazah berjumlah RM10 juta yang dikendalikan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) kini mula ditawarkan secara terbuka kepada usahawan muda berusia 33 tahun ke bawah.
Skim berkenaan sebelum ini hanya ditawarkan kepada golongan siswazah dan pemegang sijil, tetapi kini diperluaskan skop pembiayaannya, sebagai antara inisiatif berterusan PUNB untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam peruncitan dan pengedaran.
Wujudnya banyak peluang pekerjaan di pasaran serta program kerajaan seperti Skim Latihan 1Malayia (SLIM) menjadikan golongan muda kini bersedia untuk mengisi kekosongan pekerjaan di pasaran” - Dzulkifli Fadzilah, Ketua Eksekutif PUNB

Lahir 800 usahawan
Ketua Eksekutif PUNB, Dzulkifli Fadzilah, berkata Skim Prosper Siswazah diperkenalkan PUNB pada 2005 dengan sasaran melahirkan 1,500 usahawan berjaya dalam pelbagai sektor perniagaan, namun hanya 800 orang berjaya diwujudkan setakat ini.
Justeru, katanya skim berkenaan mula ditawarkan secara terbuka kepada usahawan muda sejak awal Ogos lalu bagi membolehkan lebih ramai usahawan muda mendapatkan bimbingan dan pembiayaan daripada PUNB bagi mengembangkan perniagaan.
“Wujudnya banyak peluang pekerjaan di pasaran serta program kerajaan seperti Skim Latihan 1Malayia (SLIM) menjadikan golongan muda kini bersedia untuk mengisi kekosongan pekerjaan di pasaran.

Bantu golongan muda
“Peranan PUNB di sini adalah membantu dan membimbing seberapa ramai golongan muda untuk menjadi usahawan terutama dalam bidang berpotensi. Ini kerana keusahawanan bukan bidang yang mudah kerana ia memerlukan kecekalan selain berdepan risiko,” katanya dalam satu pertemuan dengan BH di sini, baru-baru ini.
Dzulkifli berkata, Skim Prosper Siswazah kini dalam peringkat penjenamaan semula, dan saiz pembiayaan yang ditawarkan adalah daripada RM5,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik dari lima hingga tujuh tahun.
Beliau berkata, tiada cagaran diperlukan, bagaimanapun peminjam perlu menyediakan sebanyak RM500 sebagai modal permulaan perniagaan.
“Berbeza dengan skim pembiayaan yang lain, usahawan tidak perlu menyediakan premis perniagaan sebaliknya boleh menjalankan perniagaan secara mudah alih atau dari rumah, yang mana mereka tidak perlu mengeluarkan modal perniagaan yang tinggi.

“Kami juga mahu menumpukan kepada pembangunan perniagaan yang berkaitan generasi muda menerusi e-dagang seperti media sosial, telekomunikasi dan pendidikan,” katanya.

Boleh naikkan had pinjaman
Bagi usahawan yang mempunyai pengalaman lebih tiga tahun dan mempunyai rancangan mengembangkan perniagaan, katanya, had pinjaman mereka juga boleh ditingkatkan sehingga RM100,000 yang akan diperkenalkan kepada skim lain di bawah PUNB.

Dalam pada itu, Dzulkifli berkata PUNB yang menyasarkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM200 juta tahun ini, sudah menyalurkan lebih RM94 juta bagi semua skim pembiayaan yang ditawarkannya setakat pertengahan tahun ini.

Beliau yakin, dana itu akan disalurkan sepenuhnya sebelum akhir tahun ini kerana permintaan yang kukuh terutama bagi usahawan dalam sektor peruncitan dan pemborongan yang mahu mengembangkan perniagaan.

- BERITA HARIAN


RM100j bantu usahawan bumiputera


Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

PULAU PINANG 3 Mac - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi membiayai inisiatif pembangunan dan pembiayaan kepada usahawan bumiputera di Koridor Utara di bawah program Teraju@Koridor Utara yang dilancarkan hari ini.

Pengumuman peruntukan itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada program Jejak 2012 yang merupakan inisiatif Teraju untuk mengembangkan kehadirannya di setiap koridor ekonomi bagi menyampaikan kandungan dokumen Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri November lalu.

Peruntukan itu adalah sebahagian daripada dana mudah cara sebanyak RM2 bilion yang disalurkan oleh kerajaan bagi membangunkan usahawan bumiputera di dalam sektor pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik.

Nor Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sektor logistik dan pelancongan akan menerima RM15 juta daripada dana tersebut, manakala sektor pembuatan diperuntukkan sebanyak RM40 juta dan RM30 juta lagi untuk sektor pertanian.

Menurutnya, dana RM100 juta itu adalah peruntukan permulaan selama setahun sehingga 2013 kepada setiap koridor ekonomi yang akan disalurkan mengikut sektor yang ditetapkan dan akan ditambah mengikut keperluan pada masa hadapan.

''Pulau Pinang akan menjadi Pusat Sehenti Wilayah Teraju yang pertama di Koridor Utara sebelum ia diteruskan di setiap wilayah ekonomi di Sarawak, Johor, Sabah dan Pantai Timur yang berfungsi sebagai pusat maklumat dan sokongan kepada usahawan tempatan.

"Pusat sehenti ini akan menyelaras semua program di bawah semua agensi terutama Organisasi Pembangunan Usahawan (EDOs), Organisasi Pembangunan Industri (IDOs) dan Institusi Pembangunan Kewangan (DFIs) yang akan memudahkan usahawan tempatan mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan.

"Tujuan utama Teraju@Koridor adalah membantu usahawan tempatan mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan tanpa perlu ke Kuala Lumpur dan mewujudkan satu saluran interaksi yang lebih kondusif di antara Teraju dan usahawan di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran program itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh; Ketua Eksekutif Koridor Utara, Datuk Redza Rafiq dan Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB), Raja Azura Raja Mahayuddin.

Teraju adalah salah satu badan yang ditubuhkan di bawah agenda Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang bertujuan menerajui, menyelaras dan memacu transformasi serta memperkukuhkan agenda bumiputera agar jurang ekonomi yang wujud dengan kaum lain dapat dirapatkan.

Melalui Teraju@Koridor juga, inisiatif Teraju seperti Program TeraS atau Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi, dana mudah cara, YPPB dan Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) akan mudah dicapai oleh usahawan di setiap wilayah ekonomi.

Nor Mohamed turut memuji inisiatif TeraS yang dilaksanakan Teraju yang telah berjaya meluluskan 80 syarikat sebagai syarikat TeraS yang bermatlamat membantu 1,100 syarikat bumiputera mengembangkan perniagaan mereka.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan penyerahan memorandum persefahaman (MoU) antara ECE Technologies Sdn. Bhd. yang merupakan satu syarikat utama di bawah TeraS yang mengeluar dan mengedarkan barangan audio visual, peralatan rumah dan dapur untuk pasaran dalam dan luar negara kepada empat syarikat vendornya.

Penyerahan (MoU) itu disempurnakan Pengerusi dan Ketua Eksekutif syarikat terbabit, Musthaq Hussin A. Ahmad yang disampaikan kepada Pengarah Urusan FH Technologies Sdn. Bhd., Mohd. Salleh Idrin, Pengarah Urusan TMW Engineering Sdn. Bhd. Adnan Abdullah, Pegawai Eksekutif KR Global Ventures Sdn. Bhd, Mohd. Khairuddin Ramli dan Pengarah Urusan Enreentech Sdn. Bhd, Noreen Shaliza Markam.

Menurut Nor Mohamed, satu lagi inisiatif utama Teraju adalah YPPB yang berperanan mengukuhkan lagi kejayaan dan kecemerlangan pendidikan dalam kalangan pelajar bumiputera dan pada peringkat awal penubuhannya, yayasan terbabit berjaya mengutip dana sebanyak RM158 juta yang disumbangkan oleh syarikat korporat dan individu.

Jelasnya, objektif utama penubuhan YPPB adalah memastikan potensi diri golongan pelajar cemerlang yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan dapat digilap seterusnya dibantu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi serta mendapat pekerjaan yang sesuai suatu hari nanti.

"Pada hari ini juga, YPPB akan melancarkan satu program sulungnya iaitu Peneraju Tunas Potensi yang dirangka khusus untuk pelajar bumiputera yang bakal memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hujung bulan ini.

"Matlamatnya adalah memberi biasiswa kepada 100 pelajar bagi melanjutkan pengajian di universiti selain menumpukan pembangunan kemahiran bagi meningkat jati diri pelajar terbabit," ujarnya.


10 syarikat status BioNexus mohon dana

PROGRAM pinjaman mudah baru yang dikenali sebagai Dana Pengkomersialan Bioteknologi diurus Malaysian Biotechnology Corp Sdn Bhd (BiotechCorp) akan merangsangkan lagi pertumbuhan syarikat berstatus BioNexus.

Ketua Pegawai Kewangannya, Syed Agil Syed Hashim berkata, RM61.5 juta diperuntukkan kepada syarikat BioNexus layak bagi tempoh antara 2011 dan 2013.

Beliau berkata, sebanyak 10 syarikat mengemukakan permohonan mereka bagi program itu dan menjangka lebih banyak syarikat akan berbuat demikian.

“Dana ini adalah program fasa kedua yang dilakukan BiotechCorp dalam membantu syarikat berstatus BioNexus untuk membina perniagaan mereka selepas tercapainya program Geran Pengkomersialan Bioteknologi,” katanya.

Dana Pengkomersialan Bioteknologi adalah program bantuan pembiayaan baru di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyediakan pinjaman maksimum RM3 juta bagi setiap syarikat untuk membantu membangunkan industri bioteknologi di negara ini.

Katanya, dana itu adalah skim hibrid yang menggabungkan satu pertiga geran dan dua pertiga daripada pinjaman mudah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada syarikat BioNexus memandangkan industri itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank.

“Kami memberikan mereka 1+6 tahun tempoh pembayaran balik. Bagi tahun pertama, kita akan memberikan mereka tempoh moratorium dan mereka boleh mula membayar pinjaman pada tahun kedua,” katanya.

Syed Agil berkata, terdapat 215 syarikat berstatus BioNexus yang terdiri daripada 191 syarikat Malaysia dan baki 24 adalah milik asing. - Bernama


SME Corp tingkat dana usahawan wanita

SME Corp Malaysia (SME Corp) bakal meningkatkan peruntukan Skim Bantuan Khas Untuk Usahawan Wanita kepada 20 peratus berbanding 10 peratus ketika ini dalam usaha memperkukuhkan pembangunan usahawan wanita di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafshah Hashim berkata, ia adalah peruntukan menerusi Dana Pembangunan Infrastruktur kepada agensinya setiap tahun membantu usahawan wanita.

“Sejak kebelakangan ini, permintaan daripada usahawan wanita di luar jangkaan malah mereka serius dan nekad menceburkan diri dalam perniagaan. Susulan pertambahan permintaan mereka, SME Corp di bawah skim ini akan meningkatkan peruntukan sekali ganda kepada 20 peratus tahun ini.

“Bagaimanapun, kami melihat wujud keperluan untuk meningkatkan peruntukan ini kerana alirannya meningkat secara ketara melebihi 10 peratus dalam jumlah dana yang diluluskan kepada usahawan wanita,” katanya pada Majlis Minum Petang Usahawan Wanita 2012 bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi SME Corp, Datuk Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Pengerusi Panel Usahawan Wanita di bawah SME Corp, Shamsimar Yusof.

Hafshah berkata, sehingga akhir tahun lalu, SME Corp meluluskan 3,440 permohonan bernilai RM179.07 juta daripada syarikat yang dimiliki wanita di bawah skim bantuan khas itu, dengan kadar kelulusan sekitar 81 peratus.
SME Corp mula membuat peruntukan khusus untuk usahawan wanita pada 1997 dalam usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang perniagaan sekali gus memberi akses pembiayaan lebih luas.

Sementara itu, Mukhriz menyarankan usahawan wanita memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa supaya menyertai Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) di bawah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/14


Dana tambahan Cradle

CRADLE Fund Sdn Bhd (Cradle) agensi di bawah Kementerian Kewangan yang mengurus dana kepada usahawan teknologi maklumat dijangka menerima dana tambahan berjumlah RM20 juta daripada kerajaan tahun depan.

Bagi tempoh dari 2003 sehingga kini, Cradle sudah menerima dana kerajaan sebanyak RM145 juta bagi membantu usahawan teknologi maklumat untuk membina perniagaan yang berpotensi dalam sektor ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazrin Hassan berkata, penambahan dana itu dapat memberi manfaat kepada pihaknya membantu golongan usahawan yang mempunyai idea bernas serta berpotensi dalam memajukan ekonomi negara.

Beliau berkata, menerusi Program CIP 500, sejumlah 15 syarikat tempatan yang memohon untuk memperoleh dana daripada Cradle sudah diluluskan bernilai kira-kira RM6.4 juta manakala sebanyak 480 idea pula diterima bagi tempoh dari 2003 hingga 31 Oktober 2012.

“Malaysia mempunyai potensi besar untuk menambah bilangan usahawan teknologi kerana melihat kepada angka penerimaan idea sejak 2003, ia sangat memberangsangkan dan berupaya bagi menghasilkan produk pasaran komersial.

“Selain itu, kami juga menganjurkan program membantu usahawan teknologi bagi menguruskan perniagaan mereka antaranya program peningkatan dan bimbingan, Coach and Grow Programme (CGP) yang disertai pelbagai pemain industri teknologi antaranya teknologi kesihatan, ICT dan teknologi hijau,” katanya pada majlis sambutan tahun pertama CGP di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Ranjit Ajit Singh.

Sejak CGP dilancarkan, Cradle melatih 570 usahawan dalam peringkat pertama dan 420 usahawan dalam peringkat kedua.


Tiga syarikat gergasi ICT

Oleh Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my

INISIATIF...Najib berucap sebelum melancarkan Inisiatif Pemangkin Usahawan di Kuala Lumpur, semalam.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Inisiatif Pemangkin Usahawan (PUsh) yang bertujuan membantu meningkatkan prestasi usahawan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kreatif dengan sasaran mewujudkan tiga syarikat gergasi ICT Bumiputera global.

Dalam ucapan pelancarannya beliau berkata, antara program kritikal inisiatif berkenaan ialah usaha menggabungkan dan mengambil alih syarikat ICT kecil dan sederhana membabitkan Malaysia Venture Capital Management Berhad (Mavcap) dengan peruntukan sebayak RM30 juta.

Katanya, sasaran utama kerajaan menerusi proses itu ialah menggabungkan usahawan Bumiputera berpotensi dan terpilih sebelum menjadikan mereka syarikat gergasi ICT Bumiputera yang terkemuka dan berjaya serta berkaliber di peringkat antarabangsa.

“Saya yakin tidak lama lagi kita akan dapat lihat sendiri gergasi Bumiputera dalam bidang ICT setanding dengan Apple dan Microsoft ataupun bidang online seperti Amazon dan facebook.

“Yayasan Usahawan Baru serta Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) akan menjadi ‘jambatan’ yang bakal menggalakkan usahawan Bumiputera menyertai program berkenaan,” katanya di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Mohd Badlisham Ghazali; Ketua Pegawai Eksekutif Mavcap, Jamaludin Bujang; Ketua Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario dan Pengerusi Yayasan Usahawan Baru, Ashran Ghazi.

Inisiatif PUsh mengandungi pelaksanaan 14 program latihan dan bimbingan selain strategi penggabungan dan pengambilalihan syarikat dengan kerjasama MDeC, AIM, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Mavcap dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan bermula bulan depan.

Najib berkata, dalam Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini, yayasan berkenaan akan menerima RM50 juta dana permulaan bagi merealisasikan program latihan dan bimbingan usahawan ICT Bumiputera.

Katanya, dana berkenaan perlu kerana kerajaan sedar terdapat jurang atau kekurangan yang perlu diperbaiki hasil dapatan Dialog Usahawan Teknologi pada 21 Jun lalu.


Exclusive: Och-Ziff hedge fund looks to exit landlord business

By Matthew Goldstein and Jennifer Ablan
NEW YORK | Wed Oct 17, 2012 5:19pm EDT

(Reuters) - One of the first big hedge funds to try to profit from a rebound in the U.S. housing market by investing in foreclosed homes is looking to cash out, even as other institutional investors are still getting in.

Och-Ziff Capital Management Group LLC, the $31 billion hedge fund led by Daniel Och, recently told its investment partner, 643 Capital Management, that it wants to exit from the foreclosed homes business, said several people familiar with the matter.

The hedge fund is looking to make a profit on a portfolio of about 300 foreclosed homes in northern California that were acquired at distressed prices, said the sources, who did not want to be identified because they were not authorized to discuss the matter.

Though the total value of the portfolio is not known, its business model involved buying homes at an average price of about $100,000 apiece. In addition, Och-Ziff and its partner needed to spend tens of thousands of dollars on each home for potential renovations before renting them out.

The decision by Och-Ziff to exit the market after just a year is notable since the hedge fund was one of the first institutional investors to see the large supply of foreclosed homes in the United States as a new asset class that could generate consistent income if operated as rental properties.

Earlier this year, proponents of investing in foreclosed homes were projecting a return of at least 8 percent a year from renting them out.

But the New York-based hedge fund is looking to sell now because the returns it is generating from rental income are less than expected and it is looking to take advantage of a recent rebound in home prices in northern California, the sources said. It's not clear what kind of return Och-Ziff had expected to earn from renting out homes.

The average cost of renting a home nationally grew at 0.9 percent in the third quarter from the previous three-month period. That growth rate is down from 1.3 percent in the second quarter, according to Reis Inc., a commercial real estate research firm.

Meanwhile, the median price paid for all new and resale houses and condos in the San Francisco Bay Area in August was $410,000 -- up 10.8 percent from $370,000 in August 2011, according to DataQuick.

Och-Ziff's move could indicate that institutional investors may have to dial back their expectations, especially with regards to rental income.

"It's not surprising that some investors may have overestimated rental returns," said Rick Sharga, executive vice president with Carrington Mortgage Holdings, a division of Carrington Capital, which has been buying and renting foreclosed homes since 2007. "If you are an investor getting into this cold you were probably making assumptions based on models rather than experience."

Gregor Watson, founder of 643 Capital Management, which is Och-Ziff's partner, said he is not marketing the portfolio of homes but declined to comment further. An Och-Ziff representative declined to comment.

Over the past year, other high-profile Wall Street names, such as Blackstone Group, Oaktree Capital Management, Colony Capital and TCW, have all committed money to investing in foreclosed homes. Oaktree has invested in a fund managed by Carrington.

Wall Street analysts estimate that this year alone, private equity firms, hedge funds and other investment firms have raised between $6 billion and $8 billion to acquire single-family homes at either foreclosure auctions or from banks. So far, private equity giant Blackstone has emerged as one of the biggest buyers, spending more than $1 billion to gobble up foreclosed homes.

Och-Ziff, whose flagship fund is up a little over 8 percent this year, originally entered the foreclosed home market as part of a joint venture with McKinley Partners, a California real estate investment firm. Watson, founder of 643 Capital Management, was a principal with McKinley, but left this year to open his own shop, taking Och-Ziff with him.

Sharga said it was not surprising that an early market entrant like Och-Ziff would look to get out and take advantage of the recent appreciation in home values. He said other early financial investors also may change direction and decide to cash in sooner rather than later.

"This is a normal winnowing-out process," Sharga said. "We will see other early entrants depart."

(Reporting By Matthew Goldstein and Jennifer Ablan; Editing By Martin Howell and David Gregorio)