1.Tengku Arman Harris Tengku Ismail
KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) -- Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan. Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan. Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Menceritakan pengalaman sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor. Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya. TIMBA ILMU Mengimbas pengalamannya dalam industri pembuatan batik sutera, Tengku Arman mula bekerja di kilang Romi Batik di Chendering di sini, pada 1991 serta sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri. Menurut ibunya, Wan Zaitun Wan Mansur, 59, semasa bekerja di dua tempat berkenaan, Tengku Arman mempelajari pelbagai cara pembuatan batik sehingga 1996 sebelum membuka sendiri syarikatnya iaitu Arman Batik di rumahnya di Kampung Tebauk di sini. Zaiton, yang merupakan jurubahasa isyarat anaknya, berkata dengan keazaman untuk berjaya dalam industri tersebut, Tengku Arman mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumahnya, dengan mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan. Berbekalkan bakat dan kebolehan anaknya, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Tengku Arman untuk mengembangkan perusahaannya. Beliau berkata, setelah perusahaan anaknya itu menampakkan kejayaan, Tengku Arman memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan perusahaannya bertambah maju sehingga mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang singkat. DUA KEDAI BATIK "Saya rasa puas apabila Tengku Arman dapat menyelesaikan pinjaman Mara dalam tempoh yang singkat kerana ia memberi keyakinan kepada Mara untuk memberi pinjaman kepada golongan sepertinya pada masa akan datang. "Ini kerana, agak sukar bagi golongan OKU untuk menceburi bidang perniagaan kerana terdapat segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap mereka," kata Wan Zaitun. Tengku Arman berkata selain dibantu isterinya, Azizah Md Yassin, 32, yang juga cacat pendengaran, beliau mempunyai tiga pekerja bagi membantunya mencating kain-kain batik. Atas usaha gigihnya, Tengku Arman kini boleh berbangga kerana memiliki dua buah kedai batik sutera iaitu "Anas Butik" di Subang Jaya, yang diurus oleh diknya. Katanya, beliau menghasilkan kain-kain batik sutera dengan dua kaedah iaitu melalui blok serta mencating dan ia dijual antara RM200 dan RM400 sepasang. TOKOH OKU "Gerai musim perayaan, saya akan mengambil ruang di Subang Parade untuk menjual kain-kain batik sutera saya dan alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik," katanya. Tengku Arman yang mendirikan rumahtangga dengan Azizah sejak tiga tahun lepas dan belum dikurniakan cahaya mata, berkata beliau sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menghantar kain-kain batik sutera yang dihasilkannya. Katanya, beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaannya dan bercita-cita untuk membuka sebuah kedai di sini, tidak lama lagi. Kesungguhan Tengku Arman dalam industri itu mendapat pengiktirafan dan beliau merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) yang pertama sejak ia ditubuhkan pada 2001. PKOCPT mencapai kegemilangan di bawah kepimpinan Tengku Arman apabila diiktiraf sebagai persatuan OKU terbaik Terengganu sempena Hari Orang Kurang Upaya peringkat negeri anjuran JKM pada 2003. Kebolehan dan pencapaian Tengku Arman itu juga telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan termasuk sebagai Tokoh OKU Bahagian Ekonomi pada 2007 dan Tokoh OKU Keseluruhan pada 2005. |
2.Ahmad Ramli
Wartawan Sinar Harian
12 Februari 2012
12 Februari 2012
KUANTAN - Kehilangan tangan kanan
akibat kemalangan di tempat kerja pada 2003 tidak melemahkan semangat Ahmad
Ramli, 41, dari Felda Sungai Kemahal, Jerantut untuk berdikari dengan
mengusahakan penternakan lembu bagi menampung kehidupan keluarganya.
Tragedi yang menyebabkan sebahagian tangan kanannya hancur akibat digilis mesin ketika bekerja di sebuah kilang percetakan di Batu Caves menyebabkan dunia kehidupannya berubah daripada insan normal menjadi Orang Kurang Upaya (OKU).
Kini, Ahmad yang memiliki 40 lembu serta dua pekerja OKU juga berhasrat menambahkan lagi jumlah ternakannya menerusi peruntukan geran RM70,000 yang diterima daripada Skim Bantuan Perniagaan OKU Peringkat Negeri.
Dia antara 12 penerima geran dari seluruh negeri ini yang terpilih menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.
Menurutnya, dia terharu kerana penantiannya berbaloi dan mula memohon sejak 2008 dan menghargai usaha kerajaan yang membantu golongan sepertinya.
“Syukur kepada ALLAH SWT kerana saya sendiri tidak sangka terpilih dan peruntukan geran ini membantu mengurangkan beban dan memudahkan usaha saya.
“Saya bercadang menambahkan jumlah ternakan selain mempelbagaikan lagi usaha seperti menambahkan baka, menghasilkan dedak sendiri dan menanam anak benih untuk meningkatkan lagi pendapatan,” kata bapa kepada empat anak itu.

Syarikat pengedar kereta
PERODUA Faresh Motor (M) Sdn Bhd milik seorang usahawan OKU yang menyediakan
bilik pameran berkonsepkan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) telah membuktikan
golongan itu mampu berjaya setelah diberi peluang.
Pujian dan penghargaan juga
diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan
bilik pameran kereta tersebut di Taman Wahyu,Kuala Lumpur petang Isnin.
Perdana Menteri juga berharap Ahmad Faresh yang juga seorang OKU
akan menempa kejayaan dan jualan kereta yang sekarang ini berjumlah lebih
kurang 40 unit akan terus bertambah untuk masa akan datang.
“Saya berbangga kerana Faresh
terpilih sebagai pengedar Perodua dan sekaligus 'showroom' ini dapat dijadikan
'showroom' contoh bagaimana ianya boleh diolah dan disediakan ciri-ciri yang
diperlukan oleh golongan OKU,” kata Najib.
Najib juga memuji Syarikat
Perodua kerana menunjukkan penghayatan dan menepati Gagasan 1Malaysia'Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Katanya, “bila saya
menggagaskan falasafah tersebut, ianya berpaksi beberapa prinsip asas,
antaranya ialah untuk kita mewujudkan keadilan sosial, ianya tidak bererti
ambilkira semua hubungan etnik tetapi mengambil pertimbangan dari segi gender
dan golongan OKU yang sangat memerlukan bukan untuk menagih simpati daripada
kita tetapi mereka ingin diberi peluang supaya mereka boleh menjalani kehidupan
dengan rasa maruah dan nilai diri yang tinggi.”
Menurut Perdana
Menteri,golongan OKU adalah mereka yang mendapat anugerah keistimewaan oleh
Allah dan seharusnya tidak dipinggirkan.
“Kita seharusnya menyediakan
dasar sepertimana diamalkan oleh kerajaan iaitu dasar'produktif welfare' untuk
kita memberi kemahiran, peluang perniagaan serta kemudahan seperti program
1Azam supaya OKU dapat jalani kehidupan yang bermaruah lagi bermakna,” tambah
beliau.
Najib menyingkap nama tokoh
seperti Profesor Stephen Hawking yang hanya mampu berkomunikasi melalui alat
khas tetapi telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat
sejagat.
“Di malaysia kejayaan arwah
Profesor Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan pakar ekonomi terkemuka walaupun
tidak mempunyai penglihatan. Ini contoh dan tauladan bahawa sebagai seorang
yang digelar OKU tidak bererti dunia kita gelap selama-lamanya, tidak bermaksud
kita tidak boleh menyumbang kepada negara dan juga diri kita dan keluarga kita
sendiri,” kata Perdana Menteri.
Beliau menegaskan bahawa
golongan itu perlu diberi peluang untuk memajukan diri bukan simpati
semata-mata.
Najib seterusnya
berterimakasih dan tahniah pada Perodua kerana dasar memberi peluang kepada
Faresh dan seterusnya mengharapkan langkah tersebut diikuti oleh badan-badan,
syarikat yang lain termasuk oleh pejawat-pejawat awam supaya sebahagian
daripada jawatan-jawatan dalam awam dan swasta serta juga peluang perniagaan
diberikan pada golongan OKU.
Turut hadir di majlis
tersebut Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh dan Ahmed Faresh
Ahmad Zahid selaku Pengarah Urusan Faresh Motor.
Perdana Menteri juga
menyaksikan penyampaian sumbangan dan sebuah Perodua Alza kepada Baitur Rahah
kemudian meluangkan masa melawat bilik pameran serta melihat kenderaan yang
telah diubahsuai untuk OKU.-25/6/2012 - OLEH LUKMAN ABDULLAH
3. Yusnani
Wanita berumur 36 tahun dari Taman Air Molek, Melaka yang memiliki perniagaan andaman sendiri, Yus’Iman Collection ini bercerita bagaimana dia bermula dari bawah untuk mengukuhkan perniagaannya.
“Saya mula berniaga pada 2007, buat kecil-kecilan saja di rumah. Biasa la masa baru-baru berniaga, tak be-rapa dapat sambutan. Tapi saya kumpul duit setahun untuk beli barang perniagaan.
“Ditambah pula dengan modal RM2,600 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya dapat beli barang mekap berkualiti, dan lepas tu barulah saya yakin nak terima pelanggan,” katanya.
Menurut Yusnani, pada 2010, dia memohon bantuan RM11,000 daripada kerajaan untuk membesarkan perniagaan dan mula membeli baju pengantin serta pelamin.
“Selain andaman, saya juga jual kek yang dibuat sendiri selepas ikuti kursus JKM dan dapat mesin pembuat kek,” katanya.
Yusnani berkata, suaminya, Zahiruddin Kamarudin, 37, yang bertugas sebagai posmen banyak membantu dalam perniagaan.
“Suami akan ikut saya untuk beli barang perniagaan, dan tolong sebarkan risalah perniagaan saya,” katanya yang hilang penglihatan sebelah mata.
Ditanya mengenai cabaran dunia perniagaan, Yusnani berkata, dia tidak menghadapi masalah besar dan menganggap jatuh bangun dalam dunia perniagaan sebagai perkara biasa
Mohd. Khairi Othman memberi makan ikan peliharaannya.
--------------------------------------------------------------------------------
Hati ibu bapa mana yang tidak remuk apabila melihat anak yang lahir ke dunia tidak mempunyai sepasang tangan dan kaki sempurna seperti anak lain.
Sudah pasti lebih gundah-gulana apabila memikirkan masa depan dan kepayahan yang akan ditempuhi permata hati mereka pada hari-hari mendatang.
Bagi pasangan Othman Ali, 75, dan Juliah Ismail, 71, dari Kampung Tanjong Pulai, Pekan, itulah hakikat yang perlu ditempuhi mereka sepanjang 31 tahun lepas setelah dikurniakan seorang anak kurang upaya (OKU), Mohd. Khairi yang hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan kaki di paras lutut.
Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, Mohd. Khairi tidak pernah dididik menangisi akan kekurangannya itu.
Hari ini, ibu bapa Mohd. Khairi mampu tersenyum bangga melihat anaknya itu bukan hanya mampu berdikari malah menjadi usahawan akuakultur, satu bidang yang melibatkan banyak aktiviti fizikal.
Semuanya bermula pada lapan tahun lepas, apabila Mohd. Khairi dipujuk sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang.
Meminjam
Beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan tilapia.
Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya selama ini.
Beliau berkata, antara 600 dan 700 kilogram ikan bernilai kira-kira RM4,000 dapat dijual di pasar sekitar Pekan pada setiap pusingan hasil iaitu lima bulan sekali.
Mungkin pendapatan yang puratanya kira-kira RM800 sebulan itu tidak berskala besar, namun bagi insan istimewa seperti Mohd. Khairi, ia cukup bermakna dalam membantu kehidupannya sekeluarga.
Rutinnya, Mohd. Khairi akan berkerusi roda dari rumahnya sebelum menuruni anak tangga ke sangkar ikan menggunakan kedua-dua lengan dan pehanya.
Beliau kemudian memberi makan ikan dengan mengepit bekas berisi makanan ikan (palet), malah kadangkala mengangkat sendiri guni berisi makanan itu ke setiap sangkar ikan.
Beliau juga terpaksa membersih kawasan sangkar daripada sampah sarap yang hanyut ke kawasan sangkar bagi mengelak ikan ternakannya mati.
Aktiviti itu dilakukannya setiap pagi dan petang.
“Dengan keadaan fizikal macam ini, memang banyak cabaran perlu ditempuhi tetapi saya sudah biasa sejak kecil,” kata Mohd. Khairi ketika ditemui di sini.
Bagaimanapun, menurut Mohd Khairi, pada setiap pusingan hasil, beliau akan dibantu beberapa saudara dan rakannya untuk mengeluarkan ternakan ikan berkenaan untuk jualan.
Seorang lagi pemuda OKU, Mohamed Mahidin, 38, dari Kampung Kiambang, Ganchong di sini juga tidak menjadikan kecacatan sebagai halangan untuk menjadi penternak ikan sangkar yang berjaya.
Bekas pemenang pingat perak acara lompat tinggi pada kejohanan Sukan Paralimpik Asia 1998 di Bangkok, Thailand, itu kini berjaya mengusahakan 18 sangkar ikan talapia dan patin.
Beliau yang mengalami kecacatan di kaki kanan, berkata, penglibatannya dalam bidang akuakultur sejak enam tahun lepas membawa pulangan antara RM1,000 dan RM1,500 sebulan.
Katanya, hasil ternakan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna terutama di pasar besar Kuantan.
Ditanya kesukaran yang dihadapinya bagi menjayakan projek itu, Mohamed berkata, beliau akan sedaya upaya berusaha mengatasi segala masalah.
“Lagipun saya memang dibesarkan di kawasan kampung, sudah biasa bermain sungai," katanya.
Namun, katanya, cabaran yang paling besar ialah setiap kali musim banjir yang memaksanya memberhentikan sementara aktiviti penternakan ikan.
Kedua-dua pemuda berkenaan seperti usahawan lain, juga menyimpan hasrat memajukan perniagaan masing-masing.
Dengan kerahan keringat bagi menjayakan perusahaan sangkar ikan tersebut, usaha Mohd. Khairi dan Mohamed telah mendapat perhatian Jabatan Perikanan .
Pada 23 Oktober lepas, kedua-dua pemuda berkenaan telah menerima bantuan menerusi Skim Perkhidmatan Sokongan Akuakultur (SPeKs) yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Ismail Abu Hassan.
Skim berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan serta meningkatkan pendapatan pengusaha akuakultur melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan.
Bagi Mohd. Khairi bantuan tersebut akan dapat mempertingkatkan pengeluaran hasil ternakannya pada masa akan datang.
“Penambahan sangkar ikan memerlukan modal yang besar dan bantuan ini pasti membantu," katanya.
Bagi Mohamed, beliau bercadang mengembangkan aktiviti ternakan ikan sangkarnya kepada industri hiliran dengan menghasilkan produk sejuk beku, pekasam dan keropok.
Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukannya, kesemua produk berkenaan kini semakin diminati dan mendapat permintaan yang baik di pasaran seluruh negara.
- Bernama
5. Zamri Mansor
Oleh
Alias Puteh
KULIM, 8 Nov (Bernama) -- Atas inisiatifnya sendiri, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengikuti bidang undang-undang.
Tetapi setakat setahun, dia menangguhkan pengajiannya atas faktor peribadi.
Sebelum ke UiTM, dia belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar setakat Tingkatan Empat, tetapi satu kemalangan jalan raya pada 1988 membantut persekolahannya, dia menjadi lumpuh dari aras pinggang hingga ke bahagian bawah anggotanya.
Namun sikap cekal yang dimiliknya membuatnya tetap menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2000 sebagai calon persendirian sehingga berjaya menjejak kaki ke UiTM dengan keadaan dirinya yang cacat.
Selepas bertekad menghentikan pengajiannya di UiTM, orang kelainan upaya (OKU) ini, Zamri Mansor, pulang ke kampungnya di Kampung Pantai Halban, Jitra dan mula berjinak-jinak pula sebagai peraih udang di Pasar Cina, Jitra bermodalkan RM50 yang dipinjam daripada seorang kawannya.
Katanya selama dua tahun dia berniaga udang segar yang dibelinya terus daripada nelayan di Kuala Sanglang dan Kuala Kedah dengan berulang alik setiap hari menunggang motosikal yang telah diubah suai.
Dia mampu menghabiskan jualan antara 50 hingga 60 kilogram udang sehari.
"Tapi usaha ini amat meletihkan kerana saya tiada pembantu. Lagipun saya terpaksa memikul sendiri tong-tong berisi udang 30 hingga 50 kilogram setiap hari.
"Dan kecederaan lama di pinggang yang telah lama saya alami selama ini menyebabkan saya mengambil keputusan mengundurkan diri," katanya yang kini berusia 38 tahun.
Namun sifat tidak mudah menyerah kalah yang sentiasa ada pada dirinya, menjadikan anak keempat daripada tujuh adik beradik ini menceburi pula bidang kontraktor dengan menjalankan kerja-kerja senggaraan termasuk laluan pejalan kaki untuk OKU di pejabat-pejabat kerajaan di sekitar Kubang Pasu mulai 2004 hingga 2007.
Berbekalkan pengalaman tiga tahun yang ditimbanya daripada menjalankan kerja-kerja subkontraktor itu, Zamri kemudiannya memberanikan diri mendaftar sebagai kontraktor Kelas F dengan Pusat Khidmat Kontraktor di bawah nama Syarikat Hangaku Selenggara Enterprise pada 2008.
"Setelah mendapat peluang melakukan kerja-kerja menyelenggara bangunan di Rumah Warga Emas Seri Kenangan, Bedong, saya kini diberi kepercayaan menyelenggara Taman Sinar Harapan di Jitra dengan bantuan 30 pekerja saya, kebanyakannya OKU," katanya puas.
Pengalaman perit sebelum berjaya seperti orang lain turut dialami Asmah Bakar, 46, dari Taman Rasa Sayang, Bedong, yang sebelah kakinya cacat akibat polio.
Dia yang berkerusi roda tidak pernah menjejakkan kaki ke bangku sekolah.
Namun dia kini yang lebih 15 tahun berpengalaman menjahit pakaian wanita serta baju Melayu lelaki, memiliki pelbagai mesin jahit yang bernilai lebih RM100,000 di kedai jahitnya di Bangunan Mara di Pekan Bedong.
"Saya juga mengadakan kelas jahitan tiga hingga empat kali sebulan kepada lebih 30 hingga 40 pelajar," katanya yang sebelum mahir menjahit turut mengikuti beberapa kelas jahitan.
Kejayaan kedua-dua OKU ini tidak terlepas pandang oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia yang telah mengiktiraf mereka sebagai Usahawan OKU Cemerlang 2010 Negeri Kedah dalam satu majlis di sini semalam.
-- BERNAMA

6. Safie Abd. Mubin
JERANTUT 4 Jun -
Apabila seorang insan bergelar orang kurang upaya (OKU) memiliki kemahiran
dalam bidang tertentu, sudah pasti ia menjadi ukuran terhadap masyarakat bahawa
kebolehannya boleh dikongsi malah dihormati berbanding dengan insan normal
lain.
Insan OKU yang
diperkenalkan menerusi ruangan Keringatku minggu ini, Safie Abd. Mubin, 30,
kini berpuas hati dengan kerjayanya membaiki peralatan elektronik terutama
televisyen.
"Saya mengalami
kecacatan pada anggota tangan dan kaki kanan, namun kekurangan ini bukan
halangan bagi saya untuk berdikari mencari rezeki.
"Punca kecacatan
ini ialah apabila saya mengalami demam panas ketika usia kecil sehingga anggota
tangan dan kaki kanan lemah berbanding anggota kiri," katanya ketika
ditemui di bengkel membaiki televisyen di Felda Kota Gelanggi Satu dekat sini
baru-baru ini.
Ketika berusia 20
tahun, katanya, dia bekerja sebagai pembantu kedai elektrik di bandar Jerantut
dan bermula di situ, kemahirannya membaiki televisyen mula dicanai.
Safie berkata,
kemahiran yang diperoleh selama tiga tahun bekerja di bandar ini merupakan
bekalannya memulakan langkah membaiki televisyen secara kecil-kecilan dan
bertekad untuk membuka bengkel setelah cukup modal.
Pemegang kad OKU
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini juga bersyukur apabila keluarga, rakan
dan pihak pengurusan Felda, memberikannya sokongan memajukan bengkel membaiki
televisyen yang baru dibuka itu.
"Saya bersyukur
dengan mata hati dan fikiran anugerah Allah, membolehkan saya mudah mempelajari
selok-belok peralatan elektronik.
"Pengalaman tiga
tahun bekerja sebagai pembantu kedai membaiki peralatan elektronik, membolehkan
saya berdikari menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung ihsan orang
lain," ujarnya.
© Utusan Melayu (M) Bhd
7. Zhariff Afandi
IBU memberi
Zhariff ruang dan kebebasan untuk meneroka setiap cabaran.
'GIVING a hand... with a foot' (beri tangan... dengan
kaki). Besar pengertian kata-kata ini dalam hidup Muhammad Zhariff Afandi, 29.
Kekurangan diri bagi anak muda ini suatu kekuatan untuk menggapai kejayaan.
Mari selami semangat dan jiwa besar anak muda ini...
TERBIT
rasa kagum pertama kali bertentang mata dengan susuk personaliti ini. Biarpun
lahir dengan ciri-ciri fizikal yang terbatas, semangat anak muda ini tampak terserlah
hingga timbul keinsafan dalam hati.
Ternyata
pertemuan penulis dengan personaliti pilihan XY - Ikon Lelaki minggu ini,
Muhammad Zhariff Afandi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Petaling Jaya, baru-baru
ini membuka mata lantas mencetus semangat dan perspektif baru dalam hidup.
Lahir tanpa kedua-dua belah tangan,
Muhammad Zhariff aktif dalam program kemasyarakatan serta aktiviti dianjurkan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Keazamannya untuk menyumbang kepada komuniti
melangkaui kekurangan dirinya sekaligus menunjukkan keluhuran budi anak muda
ini.
“Individu ternama yang berjaya seperti Bill Gates, Steve Jobs dan ramai lagi pernah melalui banyak kegagalan sebelum melakar kejayaan. Jadi, untuk apa kita perlu berasa gagal dalam setiap usaha yang ingin dilakukan.
“Usah sesekali mengehadkan apa yang sudah kita lakukan, sebaliknya kita harus mencuba di luar sempadan yang ada untuk maju ke depan,” kata Muhammad Zhariff pada pertemuan itu. Jejaka ini memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang perkembangan psikologi dari Universiti Graffith, Australia serta sarjana muda sastera dalam jurusan sosiologi di Kolej Damansara Utama (KDU), Kuala Lumpur.
Pada usia yang menginjak 30 tahun, Muhammad Zhariff sudah lebih 10 tahun terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan hingga menubuhkan The Zhariff Initiative (TZI) iaitu suatu platform yang berkongsi inspirasi, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada komuniti lain.
“Zhariff Initiative bertujuan memupuk dan membangunkan nilai-nilai sosial yang bertanggungjawab untuk agensi korporat, kerajaan, institusi akademik dan pertubuhan lain,” kata penerima Anugerah Belia Perdana 2011 ini.
Ikuti inspirasi hidup Naib Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi (CEO) TZI Sdn Bhd ini dan selami jiwa kentalnya...
Apa yang mendorong anda menubuhkan syarikat yang memfokuskan inisiatif kepada komuniti?
Saya berazam untuk memiliki sebuah syarikat apabila berusia 30 tahun. Alhamdulillah, akhirnya, sebelum mencecah usia 30 tahun, saya berjaya menubuhkan syarikat yang memfokuskan usaha bagi membantu komuniti.
Sebelum nekad menubuhkan syarikat sendiri, saya menimba ilmu dan bekerja sebagai Ketua Bahagian Pembangunan di sebuah NGO yang membantu pesakit kanser payu dara selama setahun.
Saya juga ditawarkan bekerja di Kelab Rekreasi Dan Berkuda Denai Alam Selangor (DARC) untuk membangunkan model perniagaan baru yang mampu menggalakkan komuniti setempat menuggang kuda.
Boleh ceritakan lebih lanjut pengalaman ketika bekerja?
Sebenarnya, suatu ketika dulu, saya pernah menganggap mudah untuk mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian di Australia. Namun, sangkaan saya itu jauh meleset kerana daripada temu duga yang saya hadiri, baik di agensi kerajaan mahupun swasta, mereka tidak yakin dengan kemampuan.
Mereka tidak yakin walaupun melihat saya memiliki pengalaman dan rekod baik ketika menguruskan program NGO. Malah, ada juga syarikat yang kurang yakin kredibiliti saya untuk memohon jawatan pengurus acara disebabkan faktor fizikal diri ini. Inilah antara penguat semangat untuk saya buktikan kemampuan sebenar saya.
Bagaimana akhirnya TZI ditubuhkan?
Terus terang, saya memang bercita-cita untuk memiliki syarikat sendiri dan membantu komuniti. Selama lebih setahun berkhidmat di DARC dan melihat kejayaan model perniagaan ini sekalipun tidak berteraskan keuntungan, saya terdorong menubuhkan TZI.
Sudah sampai masanya untuk saya meneruskan cabaran lain berdasarkan keyakinan dan pengalaman, seterusnya membuat keputusan sendiri.
Apa agaknya cabaran dalam menubuhkan TZI?
Bukan mudah untuk meyakinkan pemberi modal kerana saya perlu mengambil masa lebih kurang tiga bulan menjalankan kajian dan menunjukkan model perniagaan. Selepas semuanya diatasi, saya akhirnya membangunkan syarikat yang pada asalnya ada tiga pekerja saja.
Saya bersyukur kerana bapa banyak membantu dan memperkenalkan dengan kenalannya. Saya akui agak tertekan pada mulanya kerana perlu menguruskan kakitangan, merangka strategi pemasaran dan mengendalikan acara. Namun, semua ini pengalaman berharga yang membolehkan kita berfikir di luar kotak minda.
Siapa sumber inspirasi anda?
Tentunya keluarga terutama ibu bapa saya yang sudah melakukan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik sejak saya kecil lagi. Saya dapat rasakan betapa cinta dan kasih sayang mereka hingga memberi saya setiap ruang dan kebebasan untuk meneroka setiap cabaran.
Ibu bapa tidak pernah menghalang untuk saya melakukan sesuatu walaupun menyedari kekurangan yang ada. Selain itu, kehadiran kedua orang datuk saya memberikan makna cukup besar dalam hidup.
Selain itu, kesungguhan seorang kenalan iaitu Ellynita Hazlina Lamin yang saya ketemu pada misi amal di Acheh, Indonesia, cukup membanggakan saya. Ellynita Hazlina yang menghidap barah dan saya memiliki kesungguhan dan minat sama.
Apa agaknya detik yang membanggakan anda sejak terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan?
Saua rasa bangga apabila dapat membantu masyarakat. Apatah lagi dapat berinteraksi dengan orang ramai, bertemu insan istimewa, melakukan sesuatu yang membanggakan dan berkongsi cerita dan minat yang sama.
Saya anggar hingga hari ini, saya sudah berjumpa lebih 10,000 orang dan berkongsi pengalaman. Malah, saya baru saja diundang berucap di Ted Talk di Universiti Tun Abdul Razak. Saya akan berbicara soal inovasi sosial yang boleh mengubah batasan untuk maju ke depan.
Forum yang memberi kesempatan kita untuk berucap selama 15 hingga 18 minit ini menjadi platform terbaik bertukar pendapat dan boleh disaksikan di seluruh dunia.
Pernahkah anda mengalami kekecewaan dalam hidup?
Berasa kecewa dan patah semangat bagi saya sesuatu yang normal dalam kehidupan. Tidak semua orang senang atau tidak ada kerja yang mudah. Setiap kali perasaan itu datang, saya memikirkan semula perkara yang benar-benar saya cintai.
Buat apa lakukan perkara yang kita tidak minat. Walaupun mungkin gagal, tetapi itulah cabaran yang memerlukan kita mencari jalan lain sama ada berfikir di dalam kotak atau di luar kotak.
Pernahkan anda melihat individu yang berubah atas inisiatif anda?
Setiap kali diundang memberikan ucapan, saya datang semata-mata mahu memberikan motivasi. Saya bukan cikgu, bukan juga seorang profesor tetapi melalui pengalaman, minat dan idea untuk berkongsi, itulah yang menjadi perangsang untuk orang lain.
Saya melihat perubahan seperti seorang mak cik datang memperkenalkan anaknya dan meminta saya memberi nasihat. Bagi saya, itu semua menambah motivasi saya untuk terus membantu komuniti.
Apa agaknya azam dan sasaran anda?
Buat apa yang terbaik untuk mengubah dunia. Lakukan cara sederhana dan jadikan komuniti lebih menarik dengan daya usaha dan minat. Suka menyahut cabaran dan tidak takut mencuba. Pada masa yang sama, cinta diri sendiri dan orang sekeliling kita.
Menyentuh mengenai kerja pula, saya ada misi besar tahun depan. Pastinya, saya mahu merangka strategi mengembangkan syarikat termasuk syarikat yang baru saya miliki iaitu The Movemint yang mentadbir soal muzik, acara, kesenian dan pengurusan artis.
Teman serata dunia
BERKONGSI cerita menarik, seorang kenalan Facebook dari Amerika Syarika (AS) sering bertanya Muhammad Zhariff mengenai keadaan fizikal dirinya.
Beliau berkata, pemuda terbabit yang mendakwa bekerja di pusat fisioterapi, sering bertanya dirinya mengenai kemampuan emosi serta keupayaan fizikal individu yang hilang anggota tubuh.
“Saya sering dijadikan tempat rujukan oleh jejaka AS ini dalam mendapatkan maklumat serta menjadikan pengalaman saya berdepan situasi ini (tidak memiliki anggota badan) kepada pesakitnya. Melalui maklumat yang diberi, ada pesakitanya hilang kaki dan tangan kerana terbabit dalam peperangan.
“Maklumat ini perlu bagi memastikan pesakit memperoleh motivasi baru untuk mengharungi kehidupan seperti biasa. Ini termasuk dalam melakukan kerja seperti menaip, dan menggunakan anggota lain sebagai sokongan,” katanya yang sering berinteraksi dengan rakan-rakan Facebook dari serata dunia.
Muhammad Zhariff juga berkongsi maklumat melalui klip video di laman Youtube bagi berkongsi tip kepada golongan kurang upaya untuk mengharungi kehidupan seperti biasa.
“Melalui teknologi yang tiada sempadan ini, saya dapat menjalin hubungan perniagaan merentasi Eropah, AS dan Australia,” katanya.

8. Zamri, Asmah
ZAMRI
dan Asmah selepas majlis penyampaian anugerah sempena Sambutan Hari OKU
Peringkat NegerI Kedah 2010 di Ruang Legar Kulim Landmark Central, semalam.
Zamri, Asmah diiktiraf sebagai Usahawan OKU Cemerlang Kedah
KULIM: Atas inisiatifnya sendiri, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang undang-undang.

Bagaimanapun,
setakat setahun, dia menangguhkan pengajiannya atas faktor peribadi.
Sebelum ke UiTM, dia belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, tetapi kemalangan jalan raya pada 1988 membantut persekolahannya di Tingkatan Empat apabila dia lumpuh daripada aras pinggang hingga ke bahagian bawah anggotanya.
Namun dia tetap menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2000 sebagai calon persendirian sehingga berjaya menjejak kaki ke UiTM.
Selepas menghentikan pengajiannya di UiTM, orang kurang upaya (OKU) ini, Zamri Mansor, pulang ke kampungnya di Kampung Pantai Halban, Jitra dan menjadi peraih udang di Pasar Cina, Jitra bermodalkan RM50.
Selama dua tahun dia berniaga udang segar yang dibelinya terus daripada nelayan di Kuala Sanglang dan Kuala Kedah dengan berulang-alik setiap hari menunggang motosikal diubah suai.
Dia mampu menghabiskan jualan antara 50 hingga 60 kilogram udang sehari.
“Tapi, usaha ini amat meletihkan kerana saya tiada pembantu. Lagipun saya terpaksa memikul sendiri tong berisi udang 30 hingga 50 kilogram setiap hari.
“Kecederaan di pinggang yang saya alami selama ini menyebabkan saya mengambil keputusan mengundurkan diri,” katanya yang kini berusia 38 tahun.
Namun, sifat tidak mudah menyerah kalah yang sentiasa ada pada dirinya, menjadikan anak keempat daripada tujuh adik beradik ini menceburi pula bidang kontraktor dengan menjalankan kerja senggaraan, termasuk laluan pejalan kaki untuk OKU di pejabat kerajaan di sekitar Kubang Pasu mulai 2004 hingga 2007.
Berbekalkan pengalaman tiga tahun yang ditimba daripada menjalankan kerja subkontraktor itu, Zamri kemudian memberanikan diri mendaftar sebagai kontraktor Kelas F di bawah nama Syarikat Hangaku Selenggara Enterprise pada 2008.
Pengalaman perit sebelum berjaya seperti orang lain turut dialami Asmah Bakar, 46, dari Taman Rasa Sayang, Bedong, yang sebelah kakinya cacat akibat polio.
Dia yang berkerusi roda tidak pernah menjejakkan kaki ke bangku sekolah.
Namun, dia kini yang lebih 15 tahun berpengalaman menjahit pakaian wanita serta baju Melayu lelaki, memiliki pelbagai mesin jahit bernilai lebih RM100,000 di kedai jahitnya di Bangunan Mara di Pekan Bedong.
Kejayaan kedua-dua OKU ini tidak terlepas pandang oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Malaysia yang mengiktiraf mereka sebagai Usahawan OKU Cemerlang 2010 Kedah pada satu majlis di sini, semalam. – BERNAMA
9.Norimah Ahmad
Menjadi seorang isteri, ibu
dan mempunyai kerjaya, adalah satu lumrah kehidupan dalam mengejar keperluan
penghidupan hari ini. Segala penat lelah tidak begitu dirasakan apabila ada
suami tempat bergantung. Tak kurang juga ramai wanita yang menjadi ibu, dan
pada masa yang sama mengambil alih tugas seorang bapa. Terpaksa bekerja keras
demi untuk meneruskan penghadapan dan menyara keluarga. Lebih malang lagi
kiranya ibu itu adalah seorang OKU penglihatan. Inilah realiti yang terpaksa
dilalui oleh Norimah Ahmad dalam membesarkan dua orang anaknya.
Berkat usaha gigih, kesabaran dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh Norimah Ahmad, seorang yang berpenglihatan terhad, beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dalam perniagaannya menyediakan perkhidmatan urut dan refleksologi. Kini corak penghidupannya jauh berbeza dengan suatu masa dahulu.
Kekurangan diri bukan penyebab kepada wanita ini menyisihkan diri untuk mengejar kemajuan dan kejayaan setanding dengan orang normal yang lain. Biarpun cacat penglihatan, Norimah Ahmad, pemilik Pusat Rawatan Nuri Refleksologi tidak pernah menganggapnya sebagai satu alasan untuk berpeluk tubuh atau mengharapkan belas ihsan daripada orang lain.
Norimah, sebelum ini adalah merupakan seorang tenaga pengajar dalam bidang urut tradisional untuk wanita dan mengajar pelatih-pelatih cacat penglihatan di Pusat Latihan Gurney, Brickfields, Kuala Lumpur. Hasil usahanya, ramai golongan cacat penglihatan telah menjadikan bidang ini sebagai kerjaya tetap golongan ini.
Norimah terus mempertingkatkan pengetahuannya dalam bidang urut samada secara persendirian iaitu melalui bacaan dan tidak melepaskan peluang untuk mempelajarinya dari sesiapa sahaja yang lebih berkemahiran daripadanya. Selain berkemahiran dalam bidang urut, Norimah juga adalah merupakan seorang guru kraf tangan yang sebelum ini pernah bertugas di Taman Harapan, Temerloh Pahang, mengajar pelatih-pelatih membuat anyaman, khususnya anyaman rotan.
Walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap sebagai instraktor dan telah bekerja hampir 10 tahun, namun penghidupannya tidak banyak berubah malah beban tanggungan makin bertambah. Anak-anak makin membesar dan berbagai keperluan persekolahan yang diperlukan. Keperitan makin dirasai apabila salah seorang daripada anaknya terpaksa berjauhan dan tinggal di asrama, di Johor Baru.
Bagi memenuhi keperluan ini Norimah nekad untuk mencari pendapatan sampingan dengan membuat perkhidmatan refleksologi di salun-salun kecantikan dan kelab-kelab sukan di ibu kota malah sanggup datang ke rumah bagi memenuhi permintaan mereka yang mengundangnya.
Apabila pendapatan daripada memberi perkhidmatan refleksologi di salun-salun dan kelab sukan melebihi daripada gaji setiap bulanan yang diterima daripada kerja tetapnya, mula timbul hasrat dalam diri Norimah untuk membuka perniagaannya sendiri. Bagi merealisasikan hasratnya itu, Norimah telah bercuti tanpa gaji selama enam bulan bagi mengikuti berbagai kursus persediaan keusahawanan. Norimah nekad untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian membuka perniagaannya sendiri. Pada Januari 1995, menamatkan perkhidmatannya dan membuka perniagaannya sendiri, bertempat di Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Kini usia perniagaannya telah mencecah usia 10 tahun dan semakin maju dari setahun ke setahun sehingga berkemampuan untuk menggaji seramai 7 orang pekerja cacat penglihatan bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggannya. Norimah turut mengambil peluang untuk mendalami pengetahuannya sehingga sanggup merantau ke negara China dan Jepun bagi memantapkan seni urutannya.
Pernah suatu ketika, Norimah melebarkan perniagaannya dengan membuka beberapa rangkaian Pusat Urut Nuri iaitu di Plaza Warisan, di Pandan Jaya dan di Kg. Baru. Sambutannya juga menggalakkan namun akhirnya terpaksa ditutup disebabkan kurang kemampuan dari aspek pengurusan dan diluar jangkauan. Norimah bangga kerana perkhidmatannya diterima baik. Setelah lebih 20 tahun berkecimpung di bidang ini, Norimah kini boleh dianggap pakar dalam kerjayanya. Beliau sering dijemput sebagai tenaga pengajar dan penasihat dalam kursus-kursus yang sering diadakan oleh pelbagai pihak.
Berkat dengan usaha gigihnya juga, Norimah berjaya mendidik dua orang anaknya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan dengan tanggungannya sendiri. Anaknya yang sulung kini dalam tahun akhir di salah sebuah universiti tempatan manakala anaknya yang seorang lagi dalam tahun 2, di salah sebuah universiti di Jepun.
Apabila ditanya tentang rancangan masa depannya, beliau menyatakan hasratnya untuk membuka satu lagi perniagaan yang berkaitan dengan percetakan buku-buku braille. Kewujudannya nanti bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah kekurangan buku-buku braille yang diperlukan oleh para pelajar, malah pada masa yang sama juga akan membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini.
Menurut Norimah, untuk sampai ke tahap kejayaannya sekarang, beliau mengakui banyak masalah yang terpaksa dihadapi dalam menjalani kehidupan akibat kekurangan diri, namun ia sebenarnya menjadi pemangkin kepada segala usaha diri untuk berjaya. “Saya rasa semua manusia patut dilayan sama rata. Walaupun menjadi OKU mempunyai banyak masalah, tetapi jika mereka diberi layanan secara sama rata dan diberikan hak yang sama seperti insan-insan normal, golongan ini mampu pergi jauh dan mendapatkan kejayaan yang cemerlang,'' katanya.

10. Mamat Abdullah
AJIL – Kecacatan
fizikal bukan penghalang untuk lelaki bujang ini memasang impian dan tiada
halangan yang mampu mematahkan semangatnya dalam usaha meneruskan kehidupan
seperti insan lain.
Mamat Abdullah, 53 tahun dari Kampung Felda Bukit Bading boleh berbangga dengan pencapaian diri biarpun nampak daripada luarannya mustahil, tetapi jiwanya kental menentang apa sahaja rintangan yang mendatang sehingga berjaya membuka bengkel motosikal miliknya.
“Sejak kecil lagi memang saya minat bekerja kerana tidak suka bergantung kepada orang lain untuk mencapai sesuatu di dalam hidup ini.
“Alhamdulillah sekarang saya mampu memiliki bengkel motosikal setelah menyertai Persatuan Orang Cacat Malaysia dengan mengikuti kursus yang dianjurkan bersesuaian dengan minat saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kebajikan Rakyat 1Malaysia di Dewan Sivik Ajil.
Kata Mamat, dia memasang impian untuk mengembangkan lagi perniagaannya supaya dikenali ramai kerana buat masa ini pelanggannya terdiri daripada mereka yang berada di kawasan kampungnya sahaja.
Katanya, kalau dalam sebulan, hendak dapatkan RM150 payah, kebanyakannya dia hanya memperoleh antara RM30 dan RM100 sahaja.
“Saya bersyukur dapat duit bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, dengan duit ini boleh menampung bayaran sewa kedai, bil air dan elektrik serta belanja seharian.
“Tetapi kalau terpaksa keluar ke bandar Ajil untuk mencari ‘barang’ motor, kena belanja lebih untuk bayar tambang teksi,” katanya.
Sementara itu, mengimbau kisah hidupnya, menurut Mamat ketika berusia tiga tahun, dia mengalami demam panas dan tidak menyangka selepas itu, keadaannya tidak normal, namun kecekalannya meneruskan hidup membuka mata banyak pihak untuk menghulurkan bantuan.
Kehidupan Mamat berubah setelah dia menyertai persatuan itu sekitar 1980 dan mempelajari selok-belok membaiki enjin motosikal.
Dia menggunakan ilmu yang diperoleh sebaik mungkin sehingga berjaya bergelar usahawan dengan memiliki Bengkel Din Motor sejak 10 tahun lalu di Kampung Felda Bukit Bading.