1.Dato' Sani
SANI
Ekspres mungkin asing bagi sebahagian penduduk di Pantai Barat Semenanjung
Malaysia. Namun, di Pantai Timur, syarikat tersebut kini merupakan antara
syarikat bas yang menjadi pilihan penumpang kerana perkhidmatan dan keselesaan
yang ditawarkan.
Sani Ekspres kini berbangga apabila mampu berdiri sebaris dengan beberapa syarikat bas ekspres gergasi lain seperti Konsortium Mutiara dan Transnasional yang telah menguasai sebahagian besar pasaran di Pantai Timur terutamanya.
Kejayaan syarikat tersebut yang semakin menambat hati penumpang adalah hasil gigih seorang lelaki yang suatu ketika dulu cukup dikenali ramai.
Pernah bergelar pelakon dan penyanyi, tetapi lelaki ini akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan dunia glamor. Membuang jauh mikrofon atau kamera, lelaki ini mendekati stereng bas ekspres.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Wan Mohd. Sani atau lebih dikenali sebagai Sani, memberitahu, keputusannya meninggalkan dunia hiburan tidak pernah disesali.
Baginya, itu merupakan titik perubahan dalam hidupnya menjadi salah seorang usahawan dan ahli korporat yang semakin disegani ramai seterusnya menggapai impian menjadi tokoh korporat.
Sani yang sejak sekian lama menghilangkan diri daripada bidang seni, akhirnya muncul mempertaruhkan keberaniannya untuk berniaga.
Memulakan operasi pada Januari 2006 dengan hanya menggunakan enam buah bas, Sani Ekspres mula memasuki pasaran Pantai Timur untuk laluan Kuala Terengganu-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Kuala Terengganu sahaja.
"Saya selalu menggunakan perkhidmatan bas ekspres sebelum ini untuk pulang ke kampung halaman saya di Terengganu.
"Daripada situ saya melihat, sistem pengangkutan bas ekspres di negeri tersebut tidak sempurna menyebabkan saya berazam untuk mengubah imej tersebut," katanya.
Tambah Sani, di Sani Ekspres perkhidmatan yang diberikan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. "Kami mahu penumpang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya.
Lantaran itulah, belum pun setahun usia perkhidmatan Sani Ekspres di Kuala Terengganu, mereka terus mengorak langkah dengan menambah laluan di antara Kota Bharu-Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2006.
Percubaan tersebut dilihat sebagai suatu usaha yang berani kerana beberapa syarikat gergasi bas ekspres berpengkalan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
"Pada mulanya kami juga risau dengan saingan yang sangat kuat tapi kita yakin perkhidmatan yang kita berikan mampu menandingi syarikat-syarikat lain.
"Kini bas kami antara yang menjadi pilihan di Kelantan. Bukan sahaja pada hujung minggu, malah pada hari biasa pun tiket kami sold out," ujarnya.
Namun, kata Sani, perjalanannya tidaklah semudah yang disangkakan. mengapa?
Usahanya hampir berkubur pada awal penubuhan Sani United Sdn. Bhd. (SUSB) apabila dua rakan kongsinya menarik diri.
"Selepas mereka berdua menarik diri, saya terpaksa meneruskan usaha sendirian bagi memastikan impian saya sejak sekian lama.
"Cabaran untuk mendapatkan permit dan pinjaman juga hampir mematahkan usaha saya, namun berkat kesabaran dan usaha yang gigih, SUSB akhirnya berjaya sehingga ke hari ini," ujarnya.
Kini, Sani tidak lagi menoleh kebelakang. Setiap peluang yang tersedia dimanfaatkan sebaik mungkin demi merealisasikan visi syarikat menjadi sebuah syarikat bas yang berjenama dan menjadi pilihan utama pelanggan.
Terbaru, SUSB baru sahaja menandatangani kontrak pem belian 20 buah bas ekspres dua tingkat dari Sweden untuk meningkatkan perkhidmatan dan menambah laluan.
Sani Ekspres bakal melancarkan perkhidmatannya di laluan ke utara dengan melancarkan perjalanan dari Kuala Lumpur-Alor Star dan Alor Star-Kuala Lumpur pada tahun ini.
"Ada yang kata kami kena beringat-ingat kerana biasanya kalau cepat naik, mungkin akan cepat jatuh tapi bagi saya selagi kita pegang prinsip bekerja dengan betul kita pasti akan berjaya," ujarnya.

NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA: 37 tahun
LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn

Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran

Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan
Anugerah Usahawan Cemerlang
Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala
Lumpur (April, 2009)
2. Tony Fernandes
Beliau ialah Tan Sri Tony Fernandes...dah tan
sri rupa-rupanya. Tan Sri Tony Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 merupakan
seorang pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini
merupakan anak kepada Stephen Edward Fernandes dan ibunya Ena Dorothy
Fernandez. Sejak dari kecil, beliau sering mengikuti ibunya ke konvention dan
perjumpaan perniagaan memandangkan ibunya adalah pengedar Tupperware. Mungkin
dari sinilah menyemai semangat berniaga dalam dirinya.
Lulusan Epsom kolej dan London School of Economics pada 1987 ini kemudiannya bekerja sebagai juruaudit dengan syarikat Virgin Atlantic. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi financial controller untuk Richard Branson's Virgin Records di London pada 1989. Setelah mendapat Associate Member of the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) pada 1991 dan menjadi Fellow Member pada 1996, beliau pulang ke Malaysia dan menjadi Managing director di Warner Music. Pada waktu itu, beliau merupakan Managing Director termuda dan hasil daripada prestasi cemerlang beliau dilantik menjadi South East Asian regional vice-president utk Warner Music Group sekitar 1992-2001.
Beliau kemudiannya meletakkan jawatan bagi mengejar cita-citanya untuk menjalankan perniagaan dalam industri penerbangan. Permohonan lesen utk membuka syarikat penerbangannya ditolak pada waktu itu. Beliau tidak berputus asa dan segalanya bermula apabila peluang yg dibuka oleh Datuk Pahamin A. Rejab, bekas secretary-general of the Malaysian Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry yang membawa beliau bertemu dengan Tun dr Mahathir Muhamad tentang perancangan beliau membeli Air Asia pada waktu itu.
Keadaan Air Asia yang merupakan syarikat kolomerat milik kerajaan malaysia dan DRB hicom sangat kritikal. Dengan Hutang yang menimbun sekitar USD11juta, Tony menawarkan diri untuk membeli syarikat ini beserta hutangnya sekali. Pembentangannya tentang wawasan dan pelan pemasaran yg akhirnya membuka hati Tun dr mahathir untuk memberikan kepercayaan kepada beliau tidak dipersia-siakan. Beliau bergolok gadai untuk membeli pesawat bagi menjalankan operasi syarikat dan keadaan pada waktu itu semakin parah memandangkan kejadian 11 September 2001 yang membuatkan orang ramai takut untuk menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan.
Beliau tidak mengalah tetapi memandang keadaan ini dari sudut positif. Beliau mendapati, selepas 11 september, "leasing cos" menurun 40% dan lambakkan perkerja berpengalaman dalam industri ini meningkat. Pada waktu ini beliau dapat melihat dari pelbagai sudut dan aspek bagi mengurangkan harga kos penerbangan dan menawarkan harga yg menarik kepada pelanggan. Perancangannya berjaya dan Air asia berjaya menarik hati ramai orang yg pertama kali menaiki pesawar penerbangan dan ia menjadi hebahan dan kegilaan tentang tiket tambang murah ini.
Pelan pemasaran yang sempurna melalui Internet juga menjadi untuk Air Asia kerana mengikut kajian, kira-kira 70%-80% pembelian di Internet untuk pasaran Malaysia adalah pembelian tiket kapal terbang Air Asia. Kejayaan beliau semakin luas kepelbagai bidang seperti perhotelan, sukan formula satu dan banyak lagi.
Disini, kita dinampakkan bagaimana seseorang itu mampu mengubah keadaan melalui perancangan dan penelitian yg mendalam. Apa yang penting, beliau bertindak dan tidak mengalah dengan situasi yang pada mulanya seolah-olah tidak memihak padanya.

3.Syed Azhar Syed Nadzir
BAS dua
tingkat atau lebih sinonim dengan panggilan 'double-decker' sering dikaitkan
dengan London dan ia menjadi ikon kota raya itu.
Selain
London, double-decker juga menjadi pengangkutan popular di beberapa bandar
utama di Eropah dan Asia seperti Singapura, Sri Lanka, Jepun dan Hong Kong. Ia
biasanya digunakan untuk tujuan bersiar-siar dan melawat tempat menarik di
bandaraya terbabit.
Di
Kuala Lumpur, penggunaan double-decker untuk kegiatan itu masih terlalu baru
dan hanya mula diperkenalkan tahun lalu.
Dikenali
sebagai KL Hop-On-Hop-Off, perkhidmatan bas double-decker di ibu negara itu
dikendalikan Elang Wah Sdn Bhd, syarikat yang diterajui Syed Azhar Syed Nadzir.
Syarikat itu ditubuhkan pada 2006 dengan usaha sama rakan niaga, Rizal Ashram
Ramli.
Syed
Azhar berkata, penggunaan bas dua tingkat dan pengenalan perkhidmatan bas KL
Hop-On-Hop Off dilihat sebagai tepat pada masanya sempena Tahun Melawat
Malaysia.
Berkonsepkan
`hop-on-hop-off’, pelancong atau penumpang bas boleh naik dan turun di
mana-mana laluan dengan menggunakan tiket yang sama untuk tempoh 24 jam.
“Idea
untuk memperkenalkan konsep bas ini di Malaysia tercetus ketika saya tinggal di
London. Saya pernah terfikir bila balik ke Malaysia saya nak bawa konsep bas
seperti itu ke Kuala Lumpur (KL),” katanya dalam pertemuan di Kuala Lumpur,
baru-baru ini .
Beliau yang ketika itu bekerja di Airod United Kingdom turut membuat penyelidikan dan mendapati ia sesuai serta berpotensi di Malaysia, terutama untuk menarik pelancong.
Sekembali ke Malaysia pada 2005, Syed Azhar mula merencanakan strategi bagi menjalankan perniagaan bas bertingkat di KL.
Pada awal penubuhannya, syarikat membeli empat bas yang dikeluarkan peneraju dalam pembuatan bas dan trak, Scania Chasis And Engine dari Sweden.

FAKTA:
KL Hop-On-Hop-Off
KL
Hop-On-Hop-Off ialah perkhidmatan bas menggunakan bas dua tingkat atau lebih
dikenali sebagai double-decker.
Ia
dikendalikan Elang Wah Sdn Bhd, syarikat diterajui Syed Azhar Syed Nadzir yang
ditubuhkan pada 2006 dengan usaha sama rakan niaga, Rizal Ashram Ramli.
KL
Hop-On-Hop-Off beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
Bas akan berhenti di 43 tempat tarikan pelancong dan melalui laluan lebih 100 hotel di Kuala Lumpur.

Tiket
boleh dibeli pada harga RM19 untuk pelancong tempatan dan kanak-kanak RM12,
manakala pelancong asing RM38 dan kanak-kanak RM17.
Pemegang
tiket boleh naik dan turun bas bila-bila masa di mana-mana 22 hentian bas KL
Hop-On-
Hop-Off.
Tiket
sah laku untuk tempoh 24 jam yang memberi kebebasan kepada pelancong melawat
tempat yang mereka minati mengikut jadual sendiri.
Sepanjang
perjalanan, pelancong akan diberi penerangan mengenai sejarah dan tempat
menarik di KL dalam sembilan bahasa mengikut pilihan mereka.
4. Wahi Bin Abd Rashid
ZAMAN KANAK-KANAK
Nama Saya Wahi Bin Abd
Rashid. Saya di lahirkan pada tahun 1979 di Kedah Darul Aman.
Semenjak kecil keluarga saya telah berpindah ke Pahang kerana ayah
ditawarkan menjadi peneroka Felda di sana. Kisah saya pada zaman kanak-kanak
tidak banyak berbeza dengan anak peneroka Felda yang lain. Setiap hari saya
akan pergi ke sekolah dan sekiranya cuti, saya akan membantu keluarga di ladang
kelapa sawit. Sekiranya ada kelapangan, saya akan membantu ayah menguruskan
bengkel membaiki kenderaan di rumah.
MASUK UNIVERSITI DAN BEKERJA
Syukur Alhamdulillah berkat doa
ibu dan ayah, saya berjaya belajar hingga ke menara gading. Walaupun sudah
bergelar graduan, namun saya sukar mendapatkan pekerjaan. Tidak tahan
menganggur terlalu lama, akhirnya saya bekerja dengan sebuah syarikat
pelancongan yang terlibat di dalam bisnes kereta sewa.
Walaupun memiliki ijazah, saya
tidak ditawarkan jawatan sebagai eksekutif. Kerja saya adalah, tukang cuci
kereta, pemandu dan jurujual di kaunter kereta sewa syarikat berkenaan. Setelah
setahun bekerja dengan syarikat berkenaan, saya berasa agak malu dengan
rakan-rakan universiti yang lain. Kebanyakan mereka sudah berjaya menjadi guru,
pegawai kerajaan dan eksekutif di syarikat swasta. Sementara itu saya masih
ditakuk yang lama iaitu pencuci kereta.
HIJRAH MENJADI USAHAWAN
Puas saya memikirkan bagaimana
hendak mengatasi masalah tidak cukup wang. Saya cuba bekerja lebih kuat lagi,
namun ia tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan saya. Pada penghujung tahun
2006, saya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan secara sambilan. Pada
mulanya saya tidak tahu hendak berniaga apa. Saya mencuba berbagai-bagai jenis
perniagaan. Saya pernah menjual cenderamata, pakaian berjenama tiruan, agen
penjual minyak pelincir kenderaan, perladangan kelapa sawit, gerai minuman,
agen hartanah dan kereta sewa. Walau bagaimanapun hampir ke semua perniagaan
itu menemui kegagalan. Hutang saya juga semakin bertambah akibat kerugian dalam
setiap perniagaan yang saya ceburi. Namun saya tidak berputus asa, saya tetap
meneruskan usaha mengubah nasib hidup saya.
Di sebalik kegagalan semua bisnes
saya, saya dapati ada satu bisnes yang nampak ada potensi iaitu bisnes kereta
sewa. Rupanya baru saya sedar, peluang untuk berjaya lebih tinggi sekiranya
saya melakukan sesuatu yang saya minat dan mahir. Pada tahun 2008 saya
mendaftarkan sebuah syarikat kecil bernama Green Matrix Enterprise untuk
menjalankan perniagaan kereta sewa. Saya mula membangunkan perniagaan itu
sedikit demi sedikit. Syukur alhamdulillah bisnes kereta sewa saya mendapat
sambutan.
Pada tahun 2011 syarikat saya
sudah memiliki 70 buah kereta. Pada tahun yang sama saya mengambil keputusan
untuk berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan
saya. Perniagaan saya mula mendapat perhatian daripada beberapa orang rakan dan
akhirnya kami telah bekerjasama untuk membuka cawangan kereta sewa di Miri, Kuala Lumpur, Kuching, Terengganu, dan Kota Kinabalu
Saya juga telah menaik taraf syarikat saya kepada Green Matrix Enterprise
Travel & Tours Sdn Bhd. Syukur Alhamdulillah perniagaan saya semakin lama
semakin berkembang.
Dalam mencari dan mencedok
pengalaman dari pelbagai bentuk perniagaan yang diceburi oleh usahawan,
Majalah Sokmo telah menemubual seorang usahawan yang mengusahakan agensi
pengangkutan. Beliau ialah En. Asli Bin Ngah atau nama panggilan pelanggannya
Pak Asli. Menurut Pak Asli, perniagaan beliau telah diusahakan selama 12 tahun.
Bermula pada tahun 2000, beliau telah membeli sebuah van untuk disewakan.
Berkat kesabaran beliau dan usaha
beliau mengembangkan perkhidmatan beliau kini beliau telah memiliki 18 buah
kenderaan. Antara kenderaan yang disewakan ialah van dengan 8 dan 14 tempat
duduk, kereta seperti Alza, Kancil, Waja dan sebagainya. Menurut beliau,
sepanjang mengusahakan perniagaan tersebut, cabaran utama yang dihadapi ialah
saman trafik. Oleh kerana maklumat saman lambat diperolehi, penyewa tidak
mengaku dan enggan membayar saman tersebut.
Dari segi sambutan pula,
menurutnya di awal bulan ramai pelanggan melanggan kenderaan beliau. Pendapatan
kasar sebulan sewaan secara puratanya RM14,000 sebulan. Namun begitu kosnya
seperti bayaran ansuran dan cukai jalan menjangkau RM 12,000 sebulan.
2
7.Datuk Lee Boon Siew
Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.
Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.
Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.
Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.
Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.
Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.
Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Loh tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.