Saturday, November 10, 2012

Aktiviti - Creative Product Presentation

Kelas: Minggu Ke-3

Untuk aktiviti produk kreatif, setiap pelajar dikehendaki membawa satu barang yang dikira unik dan kreatif. Kemudian pelajar dikehendaki untuk membuat pembentangan ringkas tentang keunikan produk tersebut dari sudut rupa bentuk, ciri-ciri dan juga fungsinya. 

Produk Kreatif - Bekas Air jenama BROS

Salah satu daripada produk yang dibentangkan ialah bekas air edisi terhad jenama BROS. Produk ini dibawa dan dibentangkan oleh ahli kumpulan mobilePAY; Zulkefle.

Rupa bentuk
Apa yang membuatkan ianya unik ialah dari segi rupa bentuk nya yang menarik. Grafik pada bekas air ini direka oleh Tan Howe Qin iaitu salah seorang daripada personaliti Young Malaysian Independent Artist (YMIA). Lagi mengenai kerjasama BROS dan YMIA dilaporkan di laman web The Star.

Ciri-ciri
Botol ini mempunyai bahagian khas yang memudahkannya untuk dipegang dan mengelakkan dari terlepas/jatuh semasa dipegang. Selain daripada itu, bekas air ini dibuat 100% daripada bahan yang bebas Bisphenol-A (BPA). BPA merupakan bahan kima yang biasa digunakan dalam pembentukkan resin atau plastik. Kandungan atau pendedahan BPA yang berlebihan akan membawa kesan fatal kepada manusia. Lagi maklumat mengenai BPA boleh dirujuk di laman web MayoClinic.

Maklumat lanjut mengenai produk boleh dirujuk pada laman web BROS.

Rumusan
Untuk menghasilkan produk yang berjaya dan berdaya saing, usahawan mestilah menerapkan pemikiran kreatif dan inovasi dalam pembangunan produknya. Hasil akhir produk yang unik dan kreatif boleh meningkatkan peratus kejayaannya.