Tugasan - Profile Entrepreneur by Popular Product: Teh Lipton
Lipton pada tahun 1909 |
Anda tentu biasa minum teh jenama Lipton atau sekurang-kurangnya biasa melihat produk teh Lipton. Tahukah anda bahawa nama "Lipton" itu diambil dari nama penciptanya iaitu Sir Thomas Johnstone Lipton. Sir Thomas Johnstone Lipton, Baronet Pertama, KCVO (10 Mei 1848 – 2 Okt 1931) merupakan pencipta teh jenama Lipton berketurunan bangsa Scotland yang juga seorang pereka, pedagang dan pelayar.
Lipton dilahirkan di Glaslow pada 10 Mei 1848. Ibu bapa nya, Thomas Lipton (Senior) dan Frances Lipton (née Johnstone), berketurunan etnik Ulster-Scots, yang datang dari County Fermanagh, Ireland. Pada penghujung 1840-an ibu bapa Thomas Lipton telah meninggalkan Ireland dan berpindah ke Scotland untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Bapa nya mengambil pelbagai kerja termasuklah sebagai buruh dan pencetak disepanjang tahun 1840-an ke 1850-an.
Thomas Lipton mendapat pendidikan di St. Andrew's Parish School berhampiran dengan Glasgow Green diantara tahun 1853 dan 1863. Pada awal 1860-an, ibu bapa nya menjadi pemilik pada kedai di 11 Crown Street di Gorbals yang menjual ham, mentega dan telur. Dengan tujuan untuk membantu pendapatan ibu bapanya, Thomas Lipton telah meninggalkan dunia persekolahan seawal umur 13 tahun dan bekerja sebagai pemotong rumput, dan budak suruhan di kilang percetakan. Namun begitu, beliau tetap menyambung pendidikannya di sekolah malam, Gorbals Youth's School.
Rangkaian Kedai Runcit dan jenama Lipton

Pada tahun 1864 Lipton mendaftar sebagai budak kabin on kapal wap yang membuat perjalanan diantara Glasgow dan Belfast. Di sini beliau tertarik dengan kehidupan di atas kapal dan cerita-cerita yang diceritakan oleh kelasi yang pernah belayar ke Amerika Syarikat. Setelah meninggalkan pekerjaan di kapal wap, Lipton menggunakan gaji yang disimpannya untuk membeli tiket untuk perjalanan dengan kapal ke Amerika Syarikat dimana beliau menghabiskan 5 tahun dengan bekerja dan merantau keseluruh negara tersebut. Sepanjang tempoh itu, Lipton melakukan pelbagai pekerjaan; di ladang tembakau Virginia, akauntan dan pemegang rekod di ladang beras di South Carolina, penjual dari pintu ke pintu di New Orleans,pekerja ladang di New Jersey, dan akhirnya sebagai pembantu kedai runcit di New York.
Lipton kemudiannya pulang ke Glasgow pada tahun 1870, mulanya untuk membantu ibu bapanya menguruskan kedai kecil mereka di Gorbals. Pada tahun berikutnya di membuka kedai runcit;Lipton's Market di 101 Stobcross Street, Anderston area Glasgow. Perniagaan ini terbukti berjaya dan Lipton seterusnya membuka rangkaian kedai runcit bermula di Glasgow, dan kemudiannya diseluruh Scotland. Beliau kemudiannya mempunyai rangkaian kedai diseluruh Britain. Diwaktu yang sama, haga pasaran teh telah jatuh dan permintaan terhadap teh semakin tinggi dikalangan pelanggan peringkat pertengahannya. Pada tahun 1880, Lipton telah membuat pelaburan dan menubuhkan kilang pembungkusan teh di South Omaha, Nebraska. Beliau kemudiannya menjual kilang tersebut kepada pemilik Amerika pada tahun 1887. Apabila rangkaian kedainya mencecah 300 buah pada tahun 1888, beliau memasuki perdagangan teh dan membuka pejabat percubaan-teh ("tea-tasting"). Lipton mula memintas saluran pengedaran tradisional dan perdagangan borong teh dalam usaha untuk menjual teh pada harga yang lebih menarik kepada pasaran yang belum diterokai; kelas pekerja yang miskin. Dalam usaha untuk membekalkan teh bagi rangkaian kedainya, Lipton telah membeli ladang-ladang dan ini secara tidak langsung membina jenama teh Lipton yang kekal sehingga kini.
Sir Thomas Johnstone Lipton meninggal dunia pada 2 Oktober 1931 (pada umur 83 tahun) di London England. Perniagaan, produk dan jenama teh Lipton mulanya dijual kepada syarikat Argyll Foods. Perniagaan ini kemudiannya dibeli oleh syarikat barang pengguna Unilever yang bermula dengan pengambilalihan syarikat Lipton di Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun 1938. Pengambilalihan ini siap sepenuhnya pada tahun 1972 apabila Unilever membeli baki perniagaan global Lipton daripada Allied Stores.
Kotak Teh Jenama Lipton |