Kelas: Minggu Ke-2
Pada kelas minggu ke-2 kami diberi aktiviti penentuan personaliti diri. Set soalan mengenal personaliti dan Carta Radar telah diberi lebih awal pada minggu pertama. Untuk aktiviti hari ini, kami dapat menentukan personaliti diri dengan
cara menanda kenyataan yang paling tepat dan sesuai dengan perwatakan
masing-masing.
Kenyataan tersebut akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu A, B, C dan
D. Apabila selesai menjawab ke semua kenyataan tersebut, jumlah akan
dikira bagi setiap bahagian dan diplotkan pada gambarajah Carta Radar.
Keempat-empat titik setiap bahagian disambung dan menghasilkan
gambarajah berbentuk layang-layang yang menggambarkan peta otak kita.
Kesimpulan:
Bentuk yang terhasil dari peta otak ini adalah gambaran
personaliti diri terhadap kecenderungan minat dan kemahiran yang ada
pada diri masing-masing.
Di bawah adalah gambarajah yang telah diambil di dalam kelas :
Carta Radar |