Sunday, November 11, 2012

Aktiviti - Flying a Jet Plane

Kelas: Minggu Pertama


Bagi aktiviti ini kami dibahagikan kepada kumpulan  seramai 5 orang dan diberi 5 keping kertas bersaiz A4 setiap seorang. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah adalah untuk menghasilkan jet yang mampu terbang paling jauh dengan melipat kertas tersebut mengikut kreativiti masing-masing.Tujuan pengujian ini akan diberitahu selepas semua kumpulan selesai menjalankan aktiviti masing masing.

Jet-jet tersebut mestilah diuji cuba bagi mendapatkan satu jet yang terbang paling jauh di antara semua kumpulan. Jet dibenarkan untuk diuji  sebanyak 3 kali dan bergantung kepada kumpulan untuk membuat membuat berapa kali percubaan. Jet tersebut pula akan bertanding antara kumpulan lain untuk menentukan pemenangnya. 

Kesimpulan:

Pelajaran yang boleh ditimba daripada aktiviti ini adalah kejayaan seseorang usahawan boleh dicapai berdasarkan faktor-faktor berikut :

  • Daya kreativiti
  • Bagaimana menggunakan sumber yang terdapat disekeliling anda.
  • Mempunyai target
  • Organizer
  • Keyakinan
  • Setup mengikut modal yang ada / realistik
  • Pandai menggunakan peluang
  • Suasana yang memberangsangkan untuk menjadi usahawan (Right Culture Environment)