Sunday, December 30, 2012

Tugasan - Profile of RND Products

Profile of RND Products

1. Cilibangi
Cilibangi merupakan sejenis cabai yang dihasilkan oleh seorang saintis UKM pada tahun 1987 yang terkenal kerana rasanya yang amat pedas tetapi lazat. Jenis cabai ini dihasilkan oleh pakar pembiakbakaan, Prof Madya Dr Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri, 63. Kesemuanya Dr Mahir telah menghasilkan sehingga enam varieti ia itu Cilibangi 1 hingga 6 dengan varieti Cilibangi 3 yang amat berkesan kerana rasa pedasnya yang tidak mungkin boleh dilupakan. Keistemewaan cabai ini bukan saja rasanya pedas apabila digigit atau dimasak malah memegangnya juga membuat kita macam terasa pijar – itulah penangan Cilibangi 3.

Produk cilibangi kini dipasarkan secara komersil oleh Serotech Sdn Bhd (SSB), sebuah anak syarikat kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui bahagian komersil mereka, UKM Technology Sdn Bhd. Selain cabai segar Cilibangi, produk sampingan yang dihasilkan ialah cili sos dan pencicah, jeruk cili hijau cilibangi, Kit Baja Kompos Cilibangi dan benih Cilibangi.

Maklumat untuk dihubungi:
Cilibangi House
Serotech Sdn Bhd (935220-W)
Level 3, Bangunan Wawasan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Tel: +603-89261238
Fax: +603-89269487

Kategori: Pertanian/Makanan
Laman Web: Cilibangi
2. Roti Gardenia Breakthru
Selain daripada pembuat roti kegemaran rakyat Malaysia, Gardenia juga merupakan syarikat yang mementingkan inovasi dan membuat pelaburan yang tinggi dalam R&D. Produk terbaru mereka iaitu Gardenia Breakthru merupakan refleksi komitmen syarikat yang tinggi dalam memberikan produk yang terbaik kepada pengguna. Gardenia Breakthru telah melepasi tahap ujian klinikal yang tinggi di Glycemic Research Institute, Washington D.C. dan diperakui memenuhi ciri Mesra-Diabetik dan Mesra-Diet.

Kandungan Beta glucan membantu mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah dengan mengikat asid hempedu yang kaya dengan kolestrol dalam saluran pencernaan kita. Kolestrol ini kemudiannya diperangkap dan dibuang dari badan secara semulajadi.

Gardenia Breakthru telah diuji secara klinikal dan diperakui sebagai mesra-diet oleh Glycemic Research Institute, Washington DC kerana;
- Ia mengandungi kapasiti menyimpan tisu lemak Adipose yag rendah
- Pengambilan Gardenia Breakthru membantu badan dalam kawalan terhadap obesiti.

Gardenia Breakthru juga telah diuji secara klinikal dan diperakui sebagai mesra-diabetek kerana kandungan index Glycaemic yang rendah. Ciri ini membantu untuk mengstabilkan tahap kandungan gula dalam darah selepas makan. Jika dibandingkan dengan roti putih yang lain, Gardenia Breakthru mempunyai;
- 38% kurang kaborhidrat
- 7.3 x lebih fiber diet
- 15% kurang Kalori
- 59% lebih protein
- Rendah indek Glycaemic(42)
- Rendah kandungan Glycaemic(6.5)
- Prebiotic properties
- Rendah lemak
- Tiada lemak trans
- Tiada gula tambahan

Maklumat untuk dihubungi:
Lot 3, Jalan Pelabur 23/1,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel:(6)03-55423228
Fax: +(6)03-55423213
Emel:customer_service@gardenia.com.my

Kategori: Bakeri/Makanan
Laman web: Gardenia Bakery
3. Living Active Palmvico
Palm Vico ialah produk minyak kelapa dara yang diperkayakan dengan ekstrak minyak kelapa sawit. Produk ini menggabungkan khasiat terbaik dalam minyak kelapa dara dan minyak kelapa sawit phytochemicals dalam satu formula. Palmvico dalam bentuk kapsul gel lembut menjadi makanan tambahan semulajadi yang memberikan asid lemak rantaian sederhana dan faktor bersama untuk metabolisma selular. Produk herba yang ini dikeluarkan oleh Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM yang dahulunya dikenali sebagai CEPP (Chemical Engineering Pilot Plan - Loji Pandu Kejuruteraan Kimia), berpusat di UTM Skudai. Produk ini dipasarkan secara komersil melalui syarikat dan jenama LivingActive.

Maklumat untuk dihubungi:
Chemical Engineering Pilot Plant
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor, Malaysia
Tel:(+607) 553 2646 / 2647
Fax: (+607) 554 9293
Emel:mhelmi@cepp.utm.my,naeim@cepp.utm.my

Kategori: Herba/Makanan
Laman web: CEPP UTM, LivingActive
4. Mesin Pembakar Sate MARDI
Mesin pembakar sate ini adalah salah satu hasil ciptaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mesin ini ini mampu menghasilkan sehingga 800 cucuk sate dalam sejam. Mesin ini juga sudah menjejak bumi Amerika dan Australia kerana dibeli usahawan Malaysia yang melebarkan perniagaan makanan ini di sana. Malah, MARDI sedang berurusan dengan seorang usahawan Kanada kelahiran Malaysia yang turut berminat membeli mesin ini.

Uniknya dengan mesin sate keluaran MARDI, pengguna hanya perlu meletakkan daging atau ayam di acuan untuk dicucuk sebelum ia dibakar dalam masa lima minit dan jangan terkejut kerana produk hasil inovasi ini mampu membakar 20 cucuk sate dalam satu sesi. Mesin ini sebenarnya yang pertama dihasilkan MARDI. Ia bermula dengan niat membantu usahawan mengendalikan teknologi pembungkusan, kebersihan produk dan memanjangkan jangka hayat simpanan. Namun, biarpun sudah menembusi pasaran antarabangsa, mesin itu kurang mendapat sambutan usahawan IKS berikutan harganya mencecah RM35,000 seunit.

MARDI merupakan salah satu Jabatan Kerajaan yang sehingga kini telah banyak melahirkan pelbagai idea yang menarik bagi meningkatkan hasil produktiviti Hasil Pertanian di negara kita (Malaysia). Hari demi hari berbagai-bagai spesis tanaman yang terbaik dan sempurna telah berjaya dihasilkan oleh MARDI. Tidak lupa juga peralatan-peralatan yang canggih dalam mengembangkan Industri Asas Tani di Negara Kita.

Maklumat untuk dihubungi:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang Selangor
Tel:603-89437111
Fax: 603-89483664
Emel:samsa@mardi.gov.my, jenol@mardi.gov.my, hhhasbullah@mardi.gov.my

Kategori: Mekanisasi Makanan
Laman web: MARDI, Artikel Berita Harian
5. Asemo Green Wash
Produk “Mobile Waterless Car Wash” adalah mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah 100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum. Produk yang diberi jenama “Asemo Green Wash” akan dikomersilkan dengan konsep franchise dan akan dipasarkan melalui Syarikat Asemo G-Wash Enterprise.

Produk ini mampu menyediakan perkhidmatan yang maksimum kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk mesra alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan adalah mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless Car Wash”. Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta. Kereta akan terus di lap dengan menggunakan kain dari jenis “Microfiber” pada badan kereta, rim dan tayar kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan menggunakan “N.E.K.A-liquid Car Polish” pada akhir pencucian .

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rahayu Tasnim berkata, inovasi ini adalah kajian graduan dan pelajar Universiti Multimedia (MMU) Melaka yang berjaya menghasilkan teknologi cucian kenderaan hanya menggunakan tiga liter air bagi jenis sedan berbanding maksimum sehingga 80 liter jika menggunakan kaedah konvensional. Ia adalah hasil penyelidikan empat anak muda, Nizal Mohd Mokhtar, Khairul Hisham Khairuddin, Mohamad Azrie Mohamad Nasran dan Mohamad Ekram Mohd Suhaimin yang mana bahan cucian digunakan adalah berasaskan organik dan mesra alam serta sesuai untuk semua jenis kenderaan termasuk pesawat udara.

Maklumat untuk dihubungi:
Asemo Green Wash Sdn. Bhd.

Emel:afiq@asemogreenwash.com

Kategori: Mekanisasi/Pembersihan Kereta
Laman web: Asimo Green Wash blogArtikel Harian Metro
6. Automatic Chicken Coop
Dicipta oleh pereka muda Ahmad Faiz Solahudin. Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.

Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan penternakan dan belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan reban ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan untuk kegunaan besar (untuk menempatkan ternakan).

Maklumat untuk dihubungi:
Pereka: Ahmad Faiz Solahudin
Yayasan Inovasi Malaysia

Kategori: Mekanisasi/Penternakan
Laman web: Yayasan Inovasi Malaysia
7. Car Infrared Camera
Ciptaan ini dihasilkan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah; Mohd Hafiz Jonoh, Gregory H Peon,dan Fiona Jerry. Ciptaan bagi alat ini diilhamkan melalui pemerhatian dan keperihatinan terhadap kes kemalangan yang berlaku akibat pemandu yang kurang cekap semasa memandu semasa kabus, hujan atau di waktu malam.

Oleh itu, dengan memasang kamera infrared pada kenderaan, keselesaan pemandu di waktu malam atau kabus tebal dapat diatasi. Dengan alat ini, kecekapan memandu dalam keadaan berkabus dan hujan di waktu malam dipertingkatkan. Dengan ini, risiko kemalangan dapat dikurangkan kerana tahap penglihatan pemandu menjadi lebih jelas berbanding penggunaan sport light dan mengurangkan gangguan dan menjadikan pemanduan lebih selamat.

Maklumat untuk dihubungi:
Pereka: Helmi Ajuh(Guru Petugas), Stanlee Holy(Guru Petugas)
Yayasan Inovasi Malaysia

Kategori: Mekanisasi/Kenderaan
Laman web: Yayasan Inovasi Malaysia
8. Bi-ethanol Feul from ubikayu (Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu)
Dihasilkan oleh pereka muda Ku Syahidah Ku Ismail. Kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen. Bioethanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia sesuai sebagai kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi yang boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara Asia. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian ataupun penambahan kepada, bahan bakar gasoline and diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan pengangkutan disebabkan pengurangan penyimpanan petroleum.

Walaupun Malaysia belum didedahkan dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar alternatif, namum produk ini digambarkan dapat menjadi satu produk yang dikehendaki pada masa akan datang memandangkan peningkatan harga petroleum dunia. Kebanyakan negara maju seperti Brazil, China, Canada dan sebagainya telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam penggunaan enjin kereta mereka.

Maklumat untuk dihubungi:
Pereka: Ku Syahidah Ku Ismail
Yayasan Inovasi Malaysia

Kategori: Mekanisasi/Kenderaan
Laman web: Yayasan Inovasi Malaysia
9. Kenderaan Udara Tanpa Pemandu(UAV) Sapura
Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) merupakan sebahagian daripada suite sistem komunikasi selamat dan bersepadu Sapura yang baru dilancarkan di bawah jenama 1Network -- rangkaian pribumi pertama negara ini yang boleh menyepadukan komunikasi, maklumat, sumber dan aset pelbagai organisasi menjadi satu platform gabungan, yang membolehkan tindakan diambil dengan pasti dan tepat masa. Antara model UAV Sapura ialah:
Cyber eye
* Tempoh masa penerbangan yang panjang bagi tujuan pemantauan dan pengintipan senyap.
* Mempunyai keupayaan transmisi video masa sebenar sehingga 25 km dan boleh ditambah sehingga 100 km jika perlu dengan melakukan rakaman di pesawat.
* Boleh dipasang kamera siang dan malam, kamera imej terma (suhu) dan imej dipertingkatkan .
* Boleh membawa beban sehingga 20 kilogram.

Cyber shark 1 dan Cyber shark 2 (rotary/helicopter UAV)
* Untuk operasi tinjauan senyap, pengintipan dan tinjauan udara.
* Berkeupayaan melakukan transmisi video masa sebenar sehingga 25 km dan boleh ditambah kepada 100 km jika diperlukan.
* Sambungan telemetri dan data beroperasi sepenuhnya pada jarak 100 km dari stesen pangkalan.
* Masa penerbangan sehingga tiga jam bagi Cyber shark 1 dan enam jam bagi Cyber shark 2.
* Boleh membawa beban sehingga enam kilogram bagi Cyber shark 1 dan 50 kg bagi cyber shark 2.

Cyber Wraith (pesawat berkelajuan tinggi)
* Merupakan umpan dan sasaran pertahanan bagi tujuan latihan.
* Direka untuk meningkatkan keberkesanan sistem Short Range Air Defence (SHORAD) menerusi senario latihan sebenar dengan sokongan logistik minimum.
* Berkelajuan tinggi bagi menguji keberkesanan senjata.
Kegunaan
* Kawalan trafik dan kesesakan
* Perimeter kawalan siang dan malam.
* Tinjauan boleh diselaraskan sama ada siang atau malam.

UAV ini adalah hasil pembangunan selama empat tahun di anak syarikat kumpulan Sapura yang berpangkalan di Perth; Cyber Technology, untuk mencipta produk inovatif bagi pasaran global. Kenderaan ini boleh digunakan bagi pelbagai aplikasi termasuk tinjauan dan pengawasan bagi pelbagai sektor termasuk tentera, maritin serta minyak dan gas.

Dianggarkan bahawa nilai pasaran global bagi UAV dalam 10 tahun akan datang akan mencecah AS$14 bilion, dan negara-negara di Asia Pasifik dijangka menyumbang 355 unit Kumpulan Sapura (Sapura) sedang berbincang untuk memasarkan produk barunya yang inovatif, kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) ke Amerika Syarikat dan Eropah. Sapura sebelum ini membekalkan UAV ke Thailand dan Australia. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Shamsuddin menyatakan bahawa Sapura telah membelanjakan lebih RM200 juta semenjak tahun 1997 untuk aktiviti-aktiviti R&D, di dalam dan luar Malaysia, untuk terus membangunkan kebolehan tempatan. Beliau juga menjelaskan, pihaknya secara agresif telah membangunkan UAV dan Kenderaan Kendalian Kawalan Jauh di Australia semenjak dua tahun lepas. Sapura, kata Datuk Shahril, akan terus agresif dalam meningkatkan aktiviti-aktiviti R&D dan pembangunan kapasiti termasuklah pembangunan bakat-bakat yang kreatif.

Maklumat untuk dihubungi:
Sapura Secured Technologies
Lot 26921 Jalan Rejang
Section 10 Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: 603 4145 9000
Fax: 603 4145 9058
Email: SSThr@sapura.com.my

Kategori: Mekanisasi/Kenderaan
Laman web: Sapura, Artikel Utusan Malaysia
10.Ciera™ Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant
Ciera™ Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant adalah produk yang berkesan terhadap patogen yang lazim dan juga superbugs ‘MRSA’ (Methicillin–resistant Staphylococcus aureus) dan VISA (Vancomycin-intermediate Staphylococcus aureus). Produk ini telah dibangunkan melalui Teknologi FRIM.

Diperbuat daripada campuran ekstrak tumbuhan yang unik sebagai bahan aktif, produk disinfektan antibakteria mesra alam ini juga terbukti tidak menyebabkan kerengsaan dan tidak toksik. Selain daripada selamat untuk diguna dan lembut pada kulit, formulasi yang bebas hipoklorit ini juga tidak meluntur atau menghakis permukaan lantai atau dinding.

Produk ini dipasarkan secara komersil melalui syarikat Nature Profusion yang ditubuhkan pada 28 Disember 2008 di bawah Program Pembangunan Bio-Usahawan Siswazah FRIM-MTDC (FMBioSis™) ini telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Ciptaan Terbaik untuk kategori Sanitasi atau kebersihan dari Persatuan Tandas Hong Kong (HKTA) dan Anugerah Pingat Perak ITEX (2009). Baru-baru ini, syarikat itu juga telah dianugerahkan Persijilan Label Eko SIRIM daripada SIRIM QAS International.

Maklumat untuk dihubungi:
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
T : 603 62797000
F : 603 62731314
Emel: feedback@frim.gov.my

Kategori: Bahan Cucian
Laman web: FRIMCiera