Friday, December 28, 2012

Skim pembiayaan perniagaan

Agensi kerajaan

 Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Skim Pembiayaan Perniagaan MARA

Objektif

Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan ke arah menambah bilangan serta mempertingkatkan tahap usahawan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian bersaiz kecil dan sederhana.

Kadar pembiayaan maksimum : 4% setahun

Tempoh pembiayaan maksimum : Sehingga 15 tahun berdasarkan jenis skim pembiayaan

Jumlah pembiayaan maksimum : RM500,000 berdasarkan jenis skim pembiayaan

Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana

MARA
Syarat kelayakan
  • Warganegara Malaysia keturunan Melayu atau Bumiputera berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran dari pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan
  • Menyediakan modal  sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kos projek
  • Melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan
  • Menyediakan cagaran
  • Diwajibkan menghadiri kursus keusahawanan jika pengalaman perniagaan kurang daripada 6 bulan

Tujuan pembiayaan pinjaman
Pembelian aset dan modal pusingan

Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Semua sektor

Jenis bantuan / Bentuk pembiayaan
  1. Skim pembiayaan am
  2. Pembiayaan perniagaan bagi ahli profesional (RM250,000
  3. Pembiayaan perniagaan pengangkutan (RM250,000
  4. Pembiayaan peruncitan pasar mini (RM250,000
  5. Pembiayaan perniagaan bagi bekas pelatih IKM/Giat (RM50,000
  6. Pembiayaan perniagaan bekas peserta kursus/latihan MARA(RM250,000)
  7. Pembiayaan tanpa cagaran & jaminan (RM50,000)
  8. Pembiayaan pertanian (RM250,000)
  9. Pembiayaan kenderaan untuk perkhidmatan teksi
  10. Skim Pembiayaan kontrak
  11. Pembiayaan kepada Kontrak Am atau Tetap (RM250,000
  12. Pembiayaan Sub-kontrak Konsep Payung (RM250,000-RM500,000)
  13. Pembiayaan Kontrak untuk Kontraktor Cemerlang (RM250,000-RM500,000)
  14. Skim Pembiayaan Khas Pembuatan dan Francais
  15. Pembiayaan Khas Pembuatan, Perkhidmatan dan Pelancongan (RM500,000)


Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada pejabat daerah MARA terdekat.

Hubungi
Majlis Amanah Rakyat (MARA
Tingkat 26, Bangunan Medan MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-2691 5111
Faks : 03-2691 3620
Laman web : http://www.mara.gov.my

SME BANK

        Skim Pembiayaan Premis Perniagaan


Objektif Skim
line
Skim ini adalah untuk membiayai pembelian rumah kedai/ ruang perniagaan atau kilang sama ada yang telah siap atau masih dalam pembinaan.'

Skim Pembiayaan Premis Perniagaan
line
bullet Pembelian ruang pejabat dan lot-lot kedai yang sudah siap atau dalam pembinaan
bullet Pembiayaan-semula dibenarkan
bullet Syarikat bertaraf sdn bhd dan firma profesional
bullet Mempunyai sekurangnya 3 tahun akaun beraudit dan berprestasi baik
bullet Jumlah pembiayaan dari RM100,000 hingga RM5.0 juta
bullet Margin pembiayaan sehingga 95.0% dari harga belian (termasuk kos guaman dan premium insuran - MRTA dan fire insurance)
bullet Tempoh - maksima 20 tahun (termasuk 3 thn grace period)
bullet Kadar faedah:Prime rate ( 6.35% ) - 1.0%

Entiti dan Kelayakan Pemohon
line
bullet Semua kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak.
bullet Syarikat bertaraf Sdn Bhd , Firma Profesional dan Koperasi sahaja. Pemohon perlu mempunyai prestasi tiga (3) tahun akaun beraudit menunjukkan prestasi keuntungan 3 tahun terakhir.

Projek-projek Yang Layak Dibiayai
line
bullet Pembelian premis / bangunan siap atau masih dalam pembinaan untuk menjalankan perniagaannya.
bullet Pembiayaan semula daripada institusi kewangan lain.

Syarat dan Peraturan
line

Tujuan Pembiayaan
line
bullet Pembiayaan harta tetap bangunan / premis
bullet Pembiayaan di pakej bersama untuk membiayai kos dokumentasi undang-undang iaitu yuran guaman dan duti setem sahaja.
bullet Pembiayaan juga di pakej untuk membiayai kos insurans iaitu bayaran premium pertama untuk perlindungan polisi 'fire and all perils' dan MRTA (bagi pemilik tunggal dan perkongsian sahaja)

Jenis Kemudahan
line
bullet Bai' Bithaman Ajil / Bai' Istisna' untuk pembiayaan Islam (Harga belian dan jualan di pakej sekali dengan pembelian premis, kos dokumentasi dan Takaful)
i Bai' Bithaman Ajil - Pembiayaan harta tetap bangunan / premis yang telah siap
ii Bai' Istisna' – Pembiayaan harta tetap bangunan / premis yang masih dalam pembinaan

Jumlah Pembiayaan
line
bullet Minimum RM100,000.00
bullet Maksimum RM5.0 juta

Margin Pembiayaan
line
bullet Premis Selain Dari Kilang - Sehingga 95% daripada harga belian (termasuk kos guaman dan premium Takaful) dengan pecahan pembiayaan seperti berikut:-
i Pembelian daripada pemaju (primary) - Maksimum sehingga 90% daripada harga belian.
ii Pembelian premis sekunder (secondary) - Maksimum sehingga 90% daripada harga pasaran.

Premis Kilang
line
bullet Sehingga 85% daripada harga belian (termasuk kos guaman dan premiumTakaful) dengan pecahan pembiayaan seperti berikut:-
i Pembelian daripada pemaju (primary) - Maksimum sehingga 80% daripada harga belian.
ii Pembelian premis sekunder (secondary) - Maksimum sehingga 80% daripada harga pasaran.
iii Maksimum 100% untuk kos guaman dan premium Takaful atau tidak melebihi % daripada jumlah pembiayaan yang ditetapkan

Tempoh Pembiayaan
line
bullet Maksimum 20 tahun dengan tempoh pernafasan maksimum 3 tahun (untuk premis yang masih dalam pembinaan sahaja).

Bayaran Balik
line
bullet Bayaran balik adalah secara ansuran bulanan berdasarkan kadar berperingkat (tiered basis) setiap tahun iaitu untuk tahun pertama, kedua, dan tahun ketiga yang seterusnya.

Pembiayaan Bercampur
line
bullet Pembiayaan ini khusus untuk pembelian premis dan boleh di pakej dengan kemudahan lain seperti modal kerja tetap dan modal kerja berputar berdasarkan permohonan pelanggan.

Yuran Yang Dikenakan
line
bullet Yuran proses dikenakan bagi pembiayaan RM3.0 juta dan ke atas pada kadar 0.25% daripada jumlah pembiayaan atau RM20,000 yang mana lebih rendah.

Cagaran dan Sekuriti Untuk Pembiayaan
line
bullet Aset yang dibiayai
bullet Jaminan Pemegang Saham dan/atau Pengarah
bullet Jaminan Korporat (jika ada)
bullet MRTA (bagi pemilik tunggal dan perkongsian sahaja)

Dokumentasi Pinjaman / Pembiayaan
line
bullet Caj (charge) / Deed of Assignment
bullet Perjanjian Pembiayaan (Asset Sale Agreement & Asset Purchase Agreement)
bullet Perjanjian Jaminan (Guarantee Agreement)
bullet Perjanjian Jaminan Korporat (Corporate Guarantee Agreement)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad 49572-H
Aras 20, Menara SME Bank, Jln. Sultan Ismail
Peti Surat 12352,50774 Kuala Lumpur
Pusat Khidmat Pelanggan: 1 800 88 3131

Atau sila hubungi cawangan kami yang berdekatan dengan anda.

A. Pembiayaan Perniagaan Mikro
Bagi anda yang baru menceburi bidang perniagaan awal, skim pembiayaan mikro amat sesuai untuk dipilih. Perniagaan mikro ini bermaksud perniagaan awalan yang kecil. SME Bank menawarkan pembiayaan serta memberi sokongan dan bimbingan perniagaan kepada anda yang bercadang untuk memulakan dan menjalankan perniagaan kecil dan memerlukan modal kerja.
Kementerian dan agensi kerajaan telah mewujudkan skim khas bagi mempromosikan bidang keusahawanan yang dijangka dapat menjadi sektor utama. Sekiranya SME Bank tidak mempunyai program atau dana yang bersesuaian dengan keperluan anda, SME Bank akan berusaha untuk memperkenalkan anda kepada rakan kongsi strategik bagi memastikan anda mendapat nasihat yang menyeluruh mengenai cara untuk memperluaskan perniagaan mikro yang anda pilih.
B. Pembiayaan Perniagaan Kecil dan Sederhana
Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan. Bagi yang ingin memulakan perniagaan kecil, SME Bank menawarkan pembiayaan serta keperluan pembangunan perniagaan seperti berikut:
  • Kelulusan yang cepat bagi pinjaman di bawah RM250,000.
  • Pinjaman boleh diperoleh dari serendah RM20,000 bagi program khusus
  • Kadar faedah (atau marjin keuntungan bagi produk Syariah) di antara 3.75 % dan 7.5% bergantung kepasa sumber dana
  • Marjin pembiayaan yang menguntungkan sehingga 90% (bergantung kepada jenis kemudahan dan aset yang dibiayai)
  • Tempoh pinjaman yang lebih panjang

Geran

DANA & GERAN: Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 

Seperti yang dimaklumkan, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjemput GABEM menghadiri satu sesi taklimat GTFS pada 22 Disember 2009 di BNM. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Credit Guatantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). Skim GTFS dibuka untuk pemohon IKS melalui institusi kewangan berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Sehubungan dengan itu, GABEM mengambil inisiatif untuk memanjangkan laporan tersebut kepada semua Badan-Badan Afiliasi GABEM (The RIGHTS). GABEM menasihatkan semua badan-badan afiliasi yang berkenaan supaya mengambil tindakan proaktif bagi memanfaatkan peluang-peluang pembiayaan yang disediakan di bawah skim ini.


Penjelasan lanjut berkaitan Teknologi Hijau boleh diperolehi dengan menghubungi Pusat Teknologi Hijau Negara (PTHN) di talian 1-800-88-4837 manakala untuk GTFS pulan boleh menghubungi Pusat Pekhidmatan Pelanggan CGC di talian 03-7880 0088.

SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED)

LATAR BELAKANG

Program Kemajuan Ekonomi Luar Bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). SME Bank sebagai agensi pelaksana.

TUJUAN SKIM 

  1. Meningkatkan perusahaan yang diceburi oleh pengusaha Bumiputera luar bandar supaya lebih berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai komitmen yang tinggi;
  2. Menyediakan kemudahan                                                                                                             pembiayaan kepada pengusaha Bumiputera luar bandar bagi membantu memula dan meningkatkan bidang ekonomi luar bandar;
  3. Menyediakan skim pembiayaan tanpa cagaran atau penjamin dengan kadar bayaran balik yang rendah ; dan
  4. Membantuk earah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan penduduk luar bandar.
BENTUK PEMBIAYAAN
  • Pembelian mesin/peralatan /kenderaan perniagaan;
  • Membiayai modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah/stok;
  • Pembiayaan modal kerja berputar boleh dipertimbangkan bagi perusahaan berasaskan kontrak /pesanan / tempahan berkala;
  • Pembiayaan untuk mengubahsuai atau menaiktaraf premis perniagaan;
  • Pembiayaan kos insurans dibenarkan
HAD BIAYAIAN
  • Minima RM20,000
  • Maksima RM250,000 (operasi< 3 tahun)
  • Maksima RM500,000 (operasi> 3 tahun)
  • Maksima RM100,000 (pembiayaan modal kerja) 

TEMPOH BAYARAN BALIK
  • 3 hingga 5 tahun (Pembiayaan RM250,000 kebawah)
  • 5 hingga 7 tahun (Pembiayaan RM250,000 –RM500,000)
TEMPOH PERNAFASAN (GRACE PERIOD)
Sehingga 6 bulan

KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN
5% setahun atas baki bulanan (annuity monthly rest).

PEMBERIAN GERAN / MUQASAH
  • 30% daripada jumlah pembiayaan pokok.
  • Bagi pinjaman dibawahRM250,000, pembiayaan pertama sahaja. 
  • Telah mencapai70% pembayaran keseluruhan pembiayaan.
  • Tiada tunggakan dan bayaran balik tidak melewati tarikh ditetapkan.
  • Prestasi perniagaan yang meningkat selepas pembiayaan SPED.
  • Tidak pernah dijadual semula.


CAGARAN
  • Mesin/peralatan yang dibiayai akan diambil sebagai cagaran.
  • Pembiayaan yang tidak melibatkan mesin/peralatan, tiada cagaran dikenakan. Peminjam disyaratkan memberi ‘personal guarantee’ .
  • Perjanjian Penyerahan Hak Bayaran (Deed of Assignment of Payments) boleh diambil atas pembiayaan modal kerja berputar.
  • Boleh mengenakan syarat debenture keatas aset tetap syarikat sedia ada.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SPED
  1. Perniagaan/perusahaan dimiliki sepenuhnya (100%) Bumiputera.
  2. Perniagaan/perusahaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  3. Keutamaan kepada perusahaan/perniagaan bertempat diluar bandar.
  4. Pengusaha menjalankan perniagaan/perusahaan sepenuhmasa.
  5. Premis perniagaan mestilah berasingandaripada premis kediaman.-bagi aktiviti jahitan kecil-kecilan, trading, pembuatan berasaskan makanan, kraftangan, beroperasi di kediaman hanya layak pembiayaan tidak melebihi RM30,000.
  6. Pengusaha/syarikat yang belum pernah mendapat pembiayaan melebihi RM250,000. Walaubagaimanapun boleh dipertimbangkan sekiranya pembiayaan sediaada telah selesai dibayar sekurang-kurangnya 75% (pembiayaan rumah pertama dikecualikan).
  7. Umur tidak melebihi 60 tahun semasa memohon.
  8. Membiayai syarikat yang bertaraf mikro dan kecil sahaja

TATACARA PERMOHONAN SPED
  • Menggunakan Borang Permohonan SPED yang diperolehi di IbuPejabat/ Cawangan/ KKLW.
  • Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama -sama dengan borang permohonan.
  • Mendapatkan sokongan Wakil Rakyat (AhliParlimen/AhliDewanUndanganNegeri) dengan mendapatkan tandatangan pada borang SPED.
  • Borang permohonan serta kertas projekdan dokumen-dokumen berkaitan dikemukakan ke cawangan Bank

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad
Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
P.O. Box 12352
50774 Kuala Lumpur
Tel : 603-2615 2020/2828 (GL)2615 2843 (Aliman), 2615 2012 (Rafiz) 2615 2086 (Arrifin), 2615 2013 (Ainon) 2615 2044 (Mazura)
Website: www.smebank.com.my

Geran Penyelidikan & Pengkomersilan(CRADLE)

 

Bagi para penyelidik, dana penyelidikan amat diperlukan bagi menampung kos penyelidikan yang ingin dijalankan.  Bagi penyelidik yang berkhidmat dengan pusat penyelidikan atau universiti, terdapat peruntukan bagi membiayai kos penyelidikan mereka. Namun peruntukan ini terhad dan para penyelidik terpaksa bersaing sesama mereka untuk mendapatkan dana ini.
Bagi mereka yang telah mempunyai produk pula, pengkomersilan adalah satu keperluan bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat diperkembangkan di pasaran dan dapat dimanfaatkan oleh orang awam. Namun, kekangan dana menyebabkan ramai yang tidak beperluang untuk mengkomersilkan produk mereka.Cradle Investment Program menawarkan dana dalam bentuk geran untuk penyelidikan dan pengkomersilan produk. Terdapat 2 jenis data utama. Dana pertama untuk penyelidikan menghasilkan prototaip di mana dana ini boleh diperoleh sehingga RM150,000. Dana kedua ialah dana pengkomersilan dengan nilai geran sehingga RM500,000.
Untuk dana pertama, apa yang diperlukan ialah idea produk yang inovatif dan berpotensi untuk dikomersilkan. Produk tidak kira dari mana-mana teknologi. Bagi dana kedua pula, jika syarikat kurang dari tiga tahun dan telah mempunyai produk untuk dikomersilkan, dana dari Cradle Investment ini boleh dipohon.
Bagi yang berminat untuk memohon untuk kedua-dua dana ini, saya menawarkan perkhidmatan konsultasi permohonan geran. Segala urusan permohonan termasuklah penyediaan kertas kerja, rancangan perniagaan dan sebagainya akan dilakukan oleh saya dan konsultan-konsultan saya. Pemohon hanya perlu tunggu sahaja geran diluluskan. Pemohon tak perlu bayar apa-apa kepada kami sehinggalah geran diluluskan. Kalau tak lulus, kami anggap kerja-kerja yang dilakukan sebagai amal jariah. Walaubagimanapun kami akan berusaha mencari dana-dana lain yang sesuai untuk tujuan penyelidikan dan pengkomersilan.
Setakat hari ini, konsultan-konsultan saya telah berjaya mendapatkan geran untuk penyelidik-penyelidik di universiti tempatan dengan nilai hampir RM1 juta dari pelbagai jenis geran termasuklah Cradle Investment.
Kepada yang berminat, boleh hubungi saya melalui saluran di bawah:
E-mel: azizizulkefli@gmail.com atau telefon 019-3781629 (Azizi)