Friday, December 28, 2012

Skim Pembiayaan Perniagaan: Pinjaman dan Venture Capital



Dept / Pinjaman - Agrobank

Modal Usahawan 1 Malaysia (MUS1M/MUS1M-i)
Menyediakan kemudahan kredit kepada Usahawan Mikro untuk menjalankan aktiviti ekonomi yang melibatkan sektor pertanian dan asas tani yang meliputi kesemua peringkat aktiviti iaitu pengeluaran, pemprosesan, perkhidmatan, pemasaran dan keperluan kepenggunaan.
Syarat-Syarat Pinjaman
·         Warganegara Malaysia berumur 21 – 60 tahun pada tarikh permohonan
·         Merupakan usahawan mikro sepenuh masa/separuh masa
·         Telah menjalankan projek/perniagaan melebihi 1 tahun
·         Mempunyai kelulusan dari pihak berkuasa seperti lesen/permit/perjanjian sewa tanah/tapak dan lain-lain

Segmentasi Pinjaman
1.      MUS1M/MUS1M-i FIX – Kakitangan kerajaan & swasta yang tersenarai di Bursa Saham
2.      MUS1M/MUS1M-i Normal - Terbuka kepada semua pemohon terutama bekas peminjam atau pendeposit Agrobank
3.      MUS1M/MUS1M-i Kontrak - Kontraktor berdaftar
4.      MUS1M/MUS1M-i Alliance - Peserta dalam Agensi yang mempunyai MOU dengan Agrobank (cth : FELDA)

Had Pinjaman
Sehingga RM20,000 mengikut segmentasi pinjaman
Tempoh Bayaran Balik
Dari 12 bulan – 60 bulan mengikut segmentasi pinjaman
Dokumen Yang Diperlukan
·         Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
·         Salinan daftar perniagaan/lesen berniaga
·         Salinan sewa permis/tanah
·         Bil utiliti untuk 3 bulan
·         Gambar ukuran passport
·         Slip Gaji 3 bulan
·         Penyata simpanan Bank/pelaburan

Kadar Faedah / Keuntungan
15% setahun atas baki berkurangan
MODAL USAHAWAN 1 MALAYSIA (MUS1M/MUS1M-I)
KADAR FAEDAH / KEUNTUNGAN 15% SETAHUN







Dana Pinjaman Usahawan Pertanian (DPUP)
Satu bentuk kemudahan pinjaman berjangka khusus untuk Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) yang menjalankan projek Industri asas tani merangkumi aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan bioteknologi
Kelayakan
·         Individu
·         Perkongsian
·         Syarikat
·         Syarikat milik rakyat Malaysia (pegangan saham tidak kurang 51%)

Tempoh Pembayaran Balik
·         Maksimum 10 tahun

Jumlah Pinjaman
·         Minimum RM10,000 dan maksimum RM5.0 juta atau sehingga RM10.0 juta

Kelayakan Projek
·         Tertakluk kepada pemilik dana dan program yang ditetapkan

Terma & Syarat / Term & Conditions
·         Syarat dan terma pinjaman adalah tertakluk kepada jenis produk dan projek/perniagaan. Serta tertakluk kepada baki peruntukan dana semasa


Tabung Untuk Makanan (Pinjaman 3F)
Kemudahan perjangka untuk membiayai semua jenis projek-projek dalam industri huluan dan hiliran yang berkaitan dengan pengeluaran makanan.
Kelayakan
·         Warganegara Malaysia
·         Individu
·         Perkongsian
·         Koperasi
·         Syarikat (Pegangan saham warganegara Malaysia melebihi 51%)

Jumlah Pinjaman
·         Minimum RM 10 Ribu
·         Maximum RM 10 Juta

Tempoh Pembiayaan
·         Sehingga 10 Tahun

Kadar Keuntungan
·         3.75% setahun bagi RM 5.0 Juta
·         5.00% setahun bagi pembiayaan melebihi RM 5.0 Juta sehingga RM 10.0 Juta

Cagaran
·         Bercagaran Penuh

Dokumen sokongan yang diperlukan
·         Senarai projek yang telah siap/sedang dilaksanakan/masa depan
·         Senarai penghutang dan pemiutang
·         Surat perlantikan/kontrak
·         Lesen / permit

Lain-lain syarat
·         Tertakluk kepada polisi semasa Agrobank


Venture Capital - Khazanah Nasional Berhad

Mengenai Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) Khazanah merupakan syarikat pegangan pelaburan milik Kerajaan yang diamanahkan untuk menguruskan aset komersial milik Kerajaan dan juga melaksanakan pelaburan strategik. Khazanah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993 sebagai sebuah syarikat awam berhad. Modal saham Khazanah Nasional dimiliki oleh Menteri Kewangan   (Diperbadankan), sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Diperbadankan) 1957.

Lembaga Pengarah Khazanah terdiri daripada sembilan orang wakil daripada sektor awam dan swasta. YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah. Khazanah mempunyai pegangan dalam lebih 50 syarikat yang mempunyai aset melebihi US$25 bilion. Khazanah juga merupakan agensi kerajaan yang bertanggung jawab untuk pelaburan strategik di luar negara. Syarikat-syarikat ini berkecimpung dalam pelbagai sektor, antaranya tenaga, telekomunikasi, perbankan, automotif, pengurusan lapangan terbang, prasarana, pembangunan hartanah, penyiaran, semi-konduktor, pegangan  pelaburan, teknologi penyelidikan dan modal teroka.

Beberapa syarikat tersenarai utama dalam portfolio pelaburan Khazanah termasuk Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Axiata Group Berhad, Proton Holdings Berhad, PLUS Expressway Berhad, Malaysian Airline System Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, UEM World Berhad, UEM Group Berhad dan UEM Land Berhad. Di bawah Program Transformasi Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”), Khazanah turut menjadi agensi utama yang diberikan mandat untuk menjana peningkatan nilai pemegang saham, kecekapan operasi serta tadbir urus korporat GLC-GLC terlibat.

Wawasan dan misi Khazanah adalah untuk muncul sebagai firma pelaburan strategik yang terulung di rantau ini, yang menjana prestasi korporat dengan piawaian pencapaian yang tinggi di dalam sektor-sektor yang dianggap strategik kepada ekonomi negara. Khazanah adalah komited untuk membangunkan Malaysia yang berdaya saing di peringkat global, melalui pembangunan modal insan yang baik dan mengekalkan etika profesional tertinggi setiap masa.