Tugasan Individu
( Profil
Usahawan Produk Popular )
Dato' Haji Ramly Bin Mokni
LOGO Syarikat
Nama:
Dato’ Haji Ramly Bin Mokni
Jantina: Lelaki
Mula berniaga: Tahun 1984
Pencapaian: Beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik.
Mula berniaga: Tahun 1984
Pencapaian: Beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik.
Hasil: Mempunyai 2 buah kilang
pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman
Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur
Ramly
Mokni (Ramly Burger)
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan
Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan
dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera
yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi
terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan
keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat
mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang
untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging
sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja
sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di
mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah
mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang
ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini
jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya
kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah
putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak
bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri
dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia
Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa
sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya
yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa
kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau
sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang
dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran
syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan
hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan
berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui
masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat
cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan
beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
SEJARAH RAMLY BURGER
Burger
Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi
salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah
didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly
telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan
penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

JENIS WARUNG ATAU GERAI RAMLY BURGER DI
MALAYSIA
Lebih
dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan
produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly
Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak,
Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat
jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk
dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Kualiti Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.
Produksi Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.
Penyediaan Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.

PRODUK-PRODUK RAMLY BURGER
Burger Ayam dan Burger
Lembu
Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 420g, 360g & 300g

Frankfurter
Ayam dan Frankfurter Lembu
Ramuan Frankfurter Ayam:
Ramuan Frankfurter Ayam:
Daging
Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi
Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang
dibenarkan.
Ramuan
Frankfurter Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai
dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan
Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Koktel
Ayam dan Koktel Lembu
Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Koktel Lembu: Daging
Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi
Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250,
E252) yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Nuget
"Nuget
Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk
Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.Nuget Daging
Ramly merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia dan hanya Ramly yang
menjual nuget lembu di Malaysia.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ayam Goreng
Ramuan Kepak Ayam: Bahagian Kepak Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Ayam Goreng: Bahagian Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 1kg
Alaskan
Pollock
Fakta tentang Alaskan Pollock:
Berasal dari air jernih Alaska, ikan putih ini memberi rasa tekstur dan kandungan nutrisi yang tiada tandingan. Rasanya yang lembut telah terbukti sesuai untuk menghasilkan filet yang berkualiti tinggi. Rendah dalam lemak dan kalori, menjadikan ikan Alaska Pollock adalah sumber terbaik bagi Omega 3, protein dan mineral yang penting untuk kesihatan yang optimum.
Ramuan Koktel Ikan Tempura: Isi Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek: 500g
Ramuan
Filet Ikan Tempura: Filet
Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Kanji Kentang, Minyak
Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah
Perisa yang dibenarkan. Saiz Pek: 450g
Daging
Kisar
Daging
Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Ramly sangat sesuai digunakan untuk membuat
kuah Spegetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk, Murtabak, Roti John
dan Pizza.
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 400g, 800g
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 400g, 800g
Roti
Burger dan Roti Frankfurter
Ramuan Roti Burger: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji, 1 pek x 40 biji
Ramuan Roti Frankfurter: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji
Promosi