Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Aktiviti - Product Idea In Different Context

Melalui aktiviti ini setiap kumpulan dikehendaki merekabentuk produk berdasarkan satu daripada tiga keadaan persekitaran yang telah diberikan iaitu samaada kawasan pantai, kawasan padang pasir dan keadaan di kawasan litar lumba.

Kumpulan ini telah merekabentuk Dual Action Jacket berdasarkan persekitaran padang pasir yang telah diberi. Rekabentuk jaket ini berfungsi untuk membantu pengguna mengawal suhu badan mengikut keadaan cuaca di Padang pasir. Menyediakan pakej pembelian jaket dan tin oksigen ataupun hanyan dengan pembelian tin oksigen dengan harga yang berpatutan.



Rumusan
Aktiviti menekankan supaya usahawan mencipta sesuatu produk yang unik yang boleh membantu pembeli. Selain itu ia turut menggalakkan usahawan supaya mencipta produk dengan mengambil kira keadaan sekeliling.

Sunday, November 11, 2012

Aktiviti - Flying a Jet Plane

Kelas: Minggu Pertama

Bagi aktiviti ini kami dibahagikan kepada kumpulan  seramai 5 orang dan diberi 5 keping kertas bersaiz A4 setiap seorang. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah adalah untuk menghasilkan jet yang mampu terbang paling jauh dengan melipat kertas tersebut mengikut kreativiti masing-masing.Tujuan pengujian ini akan diberitahu selepas semua kumpulan selesai menjalankan aktiviti masing masing.

Jet-jet tersebut mestilah diuji cuba bagi mendapatkan satu jet yang terbang paling jauh di antara semua kumpulan. Jet dibenarkan untuk diuji  sebanyak 3 kali dan bergantung kepada kumpulan untuk membuat membuat berapa kali percubaan. Jet tersebut pula akan bertanding antara kumpulan lain untuk menentukan pemenangnya. 

Kesimpulan:

Pelajaran yang boleh ditimba daripada aktiviti ini adalah kejayaan seseorang usahawan boleh dicapai berdasarkan faktor-faktor berikut :

  • Daya kreativiti
  • Bagaimana menggunakan sumber yang terdapat disekeliling anda.
  • Mempunyai target
  • Organizer
  • Keyakinan
  • Setup mengikut modal yang ada / realistik
  • Pandai menggunakan peluang
  • Suasana yang memberangsangkan untuk menjadi usahawan (Right Culture Environment)

Saturday, November 10, 2012

Aktiviti - Creative Product Presentation

Kelas: Minggu Ke-3

Untuk aktiviti produk kreatif, setiap pelajar dikehendaki membawa satu barang yang dikira unik dan kreatif. Kemudian pelajar dikehendaki untuk membuat pembentangan ringkas tentang keunikan produk tersebut dari sudut rupa bentuk, ciri-ciri dan juga fungsinya. 

Produk Kreatif - Bekas Air jenama BROS

Salah satu daripada produk yang dibentangkan ialah bekas air edisi terhad jenama BROS. Produk ini dibawa dan dibentangkan oleh ahli kumpulan mobilePAY; Zulkefle.

Rupa bentuk
Apa yang membuatkan ianya unik ialah dari segi rupa bentuk nya yang menarik. Grafik pada bekas air ini direka oleh Tan Howe Qin iaitu salah seorang daripada personaliti Young Malaysian Independent Artist (YMIA). Lagi mengenai kerjasama BROS dan YMIA dilaporkan di laman web The Star.

Ciri-ciri
Botol ini mempunyai bahagian khas yang memudahkannya untuk dipegang dan mengelakkan dari terlepas/jatuh semasa dipegang. Selain daripada itu, bekas air ini dibuat 100% daripada bahan yang bebas Bisphenol-A (BPA). BPA merupakan bahan kima yang biasa digunakan dalam pembentukkan resin atau plastik. Kandungan atau pendedahan BPA yang berlebihan akan membawa kesan fatal kepada manusia. Lagi maklumat mengenai BPA boleh dirujuk di laman web MayoClinic.

Maklumat lanjut mengenai produk boleh dirujuk pada laman web BROS.

Rumusan
Untuk menghasilkan produk yang berjaya dan berdaya saing, usahawan mestilah menerapkan pemikiran kreatif dan inovasi dalam pembangunan produknya. Hasil akhir produk yang unik dan kreatif boleh meningkatkan peratus kejayaannya.



Friday, November 9, 2012

Aktiviti - Entrepreneur's Profiling

Kelas: Minggu Ke-2
 
Pada kelas minggu ke-2 kami diberi aktiviti penentuan personaliti diri. Set soalan mengenal personaliti dan Carta Radar telah diberi lebih awal pada minggu pertama. Untuk aktiviti hari ini, kami dapat menentukan personaliti diri dengan cara menanda kenyataan yang paling tepat dan sesuai dengan perwatakan masing-masing.

Kenyataan tersebut akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu A, B, C dan D. Apabila selesai menjawab ke semua kenyataan tersebut, jumlah akan dikira bagi setiap bahagian dan diplotkan pada gambarajah Carta Radar.

Keempat-empat titik setiap bahagian disambung dan menghasilkan  gambarajah berbentuk layang-layang yang menggambarkan peta otak kita.

Kesimpulan:

Bentuk yang terhasil dari peta otak ini adalah gambaran personaliti diri terhadap kecenderungan minat dan kemahiran yang ada pada diri masing-masing.

Di bawah adalah gambarajah yang telah diambil di dalam kelas :
Carta Radar

Venture Team & Business Card


Pada kelas di minggu ke-2, pensyarah telah memberi tugasan bagi setiap kumpulan. Kami ditugaskan untuk menubuhkan kumpulan, memilih nama syarikat, produk, dan juga merekabentuk kad bisnes. Hasil tugasan kemudiannya akan dipersembahkan pada kelas minggu seterusnya.

1. Nama Syarikat
Kami telah memilih untuk menubuhkan satu syarikat yang diberi nama mobilePAY. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat IT yang membangunkan aplikasi pembayaran mudah-alih ("mobile payment application").

Logo Syarikat

2. Produk bagi syarikat ini ialah:
- Pay&Go ialah aplikasi mobile wallet
- Pay&Save ialah aplikasi mobile loyalty

3. Rekabentuk Kad Bisnes

Rekabentuk Depan Kad

Rekabentuk Belakang Kad


Kad yang sedia untuk dipotong